Langgan

ELLE Mengumumkan Pembukaan Residensi Pertamanya di Miami

Langkah pertama jenama media global ini dalam hartanah dengan 180 residensi sedia untuk dihuni.
2 minit untuk membaca
Published: October 18, 2024
elle residensi

South Florida sentiasa dipenuhi dengan pembangunan hartanah mewah dan ELLE, majalah yang diterbitkan di bawah naungan Lagardère Group, ingin turut serta. Jenama fesyen dan gaya hidup ini baru sahaja mengumumkan rancangannya untuk membina menara kediaman atau ELLE residensi di kawasan kejiranan Edgewater, Miami, yang mempunyai 25 tingkat dan 180 unit menara kediaman. Vertical Developments dan Urban Network Capital Group akan mengendalikan projek ini melalui perjanjian yang telah ditandatangani dengan syarikat media Perancis.

elle residensi

Walaupun tarikh siap projek ini masih belum diumumkan, satu perkara yang pasti adalah: ELLE memastikan kesemua pihak yang terpilih dalam pembikinan projek ini adalah yang terbaik. Matlamat mereka adalah untuk menjanjikan penglibatan pertama dalam dunia hartanah dipenuhi dengan class, keselesaan serta sentuhan Paris yang istimewa. Antaranya, mereka telah menyerahkan tugas menyempurnakan bahagian dalaman kepada salah satu kuasa besar hartanah terkemuka, yakni The One Atelier, yang pernah berkolaborasi dengan jenama-jenama ikonik seperti Fendi dan Karl Lagerfeld. Bukan itu sahaja, bagi memastikan ia selaras dengan apa yang ELLE tawarkan, Gregory Martínez de Riquelme dan Roberto Saija dari Arquinaut - sebuah studio seni bina dan rekaan - juga turut menyumbang idea mereka agar semuanya lebih lancar. Menyentuh tentang reka bentuk bangunan ini, ia dilengkapi feature permukaan reflektif dan teres yang berkilau, dihasilkan oleh Behar & Partners.

elle residensi

Dengan hanya beberapa minit berjalan kaki dari Miami Design District, lokasi ini sangatlah strategik dan menawarkan kelebihan. Dipenuhi pula dengan deretan butik mewah, ruang pameran dan restoran, yang akan lagi menambahkan aura kemewahan projek ini. “Projek ELLE residensi ini akan mewakili satu konsep yang inovatif, memberikan pengalaman menarik kepada pemilik dan penghuni untuk melihat kehidupan kondominium dari sudut yang berbeza melalui pandangan visioner ELLE,” kata Constance Benqué, Ketua Pegawai Eksekutif ELLE International dan Lagardère News.

Residensi ini dilengkapi lagi oleh pelbagai kemudahan yang membolehkan penduduk merasai nikmat kehidupan yang luar biasa. Terdapat gim berteknologi tinggi, fitness lawn, kolam renang, outdoor movie theater dan dapur musim panas gourmet yang merangkumi dua tingkat. Selain itu, bilik wap, sauna dan cold plunge juga disediakan, sempurna untuk pemulihan selepas bersenam atau setelah berjemur di sundeck yang diinspirasikan oleh  French Riviera.

Unit-unit bermula dari harga US$525,000 (kira-kira RM2,550,000), dengan pilihan antara studio hingga penthouse yang berukuran 350 hingga 845 kaki persegi.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down