Dengan tema ‘Class of Cool’, ELLE menganjurkan Homecoming Party yang penuh gaya dan meriah di Elevate Sports Performance Basketball Arena. Ramai selebriti, fashionista, dan personaliti popular hadir memeriahkan suasana. Acara ini menjadi medan sempurna untuk menikmati gabungan fesyen dan muzik, dengan persembahan bertenaga yang menjadikan malam itu benar-benar tak terlupakan!
‘Class of Cool’ terdiri daripada para kreatif, perintis trend dan gamechangers. Acara ini lebih daripada sekadar majlis, ia adalah perayaan untuk berkumpul bersama, bukan hanya untuk ELLE sebagai majalah, tetapi sebagai satu komuniti; komuniti yang bergaya, pintar, dan sentiasa berkembang.
Persembahan Bertenaga yang Memukau
Malam oni dimulakan dengan persembahan cheerleading yang energetik daripada Team Malaysia Cheerleading, mencetuskan suasana penuh semangat dan keterujaan. Sorakan bertenaga dan gerakan dinamik pasukan ini membuka tirai malam dengan penuh warna dan semangat.

Selepas itu, pentas dihangatkan lagi dengan persembahan dua figura seni yang sedang meningkat naik dalam industri hiburan tempatan, Yazmin Aziz dan Bunga. Yazmin memukau dengan pilihan lagu 'Baby One More Time' dan 'Alejandro' manakala Bunga mempersembahkan lagu terbarunya 'Nak Buat Cane'.


Anugerah Best Dressed
Salah satu detik yang paling dinanti-nantikan malam itu ialah anugerah best dressed, di mana tetamu-tetamu yang hadir tampil dengan gaya masing-masing yang unik, anggun dan berani. Para tetamu yang tidak mengecewakan playing dress up dengan pelbagai outfit yang memukau menjadikan malam tersebut seperti acara fesyen antarabangsa dengan tema athleisure meets high fashion. Lebih istimewa lagi, pemenang malam itu membawa pulang beg Coach paling hangat untuk musim ini — hadiah yang memang menjadi rebutan ramai.


Food, Drinks & Party!
Parti ini juga diserikan dengan pilihan makanan yang menarik dan salah satunya adalah pilihan dengan pelbagai topping Pizza dari Mokky's yang menyelerakan. Suasana sepanjang malam dipenuhi dengan perbualan mesra, muzik dari sesi DJ Peot yang menghiburkan serta pencahayaan yang mencipta suasana parti glamor yang menjadikan ia benar-benar malam lit dan lain daripada yang lain!


Antara Tetamu Yang Hadir








Arisa Soraya