Langgan

ELLE Creative Council: Uzair Shoid

Rekaannya yang unik bermain dengan warna juga estetika seni yang tersendiri menjadi Uzair antara bakat dalam bidang ini yang dilihat memiliki potensi besar.
2 minit untuk membaca
Published: November 8, 2024
Uzair Shoid menyarung kot trench daripada Moschino

Di kalangan pemain industri fesyen, nama Uzair Shoid antara yang cukup diberi perhatian tahun ini. Rekaannya yang unik bermain dengan warna juga estetika seni yang tersendiri menjadi Uzair antara bakat dalam bidang ini yang dilihat memiliki masa depan yang baik.

CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA

Saya seorang yang cukup tertarik dengan visual dan cara terbaik untuk saya menterjemahkan minat tersebut adalah menerusi fesyen. Saya tidak dibesarkan dalam keluarga atau bergaul dalam persekitaran yang dekat dengan dengan bidang ini tetapi fesyen sentiasa sentiasa menjadi arah dan minat saya.

BOLEH CERITAKAN BAGAIMANA KARIER ANDA BERMULA?

Saya mula menyertai pertandingan KL Designer Search pada tahun 2022 tanpa sebarang jangkaan untuk lepas ke mana-mana peringkat seterusnya. Namun rezeki menyebelahi saya dan berpeluang menjadi 10 teratas dalam pertandingan tersebut. Lebih manis pada tahun berikutnya saya berjaya mendapat tempat tiga teratas dengan koleksi yang menekankan penggunaan material yang mementingkan kelestarian. Tahun ini saya diberi peluang menjadi jenama fesyen yang membuka KL Fashion Week dan ia sekali lagi menjadi sesuatu yang di luar jangkaan.

ADAKAH APA YANG ANDA LAKUKAN SEKARANG SEBAHAGIAN DARIPADA IMPIAN MASA KECIL?

Antara ya dan tidak. Saya membesar dengan pemikiran yang saya harus memiliki kerjaya profesional seperti doktor atau menjadi jurutera. Tapi sejak sekolah saya memang sukakan subjek Pendidikan Seni dan guru juga nampak kemampuan saya. Jadi bidang ini memang sudah sebati dalam diri saya sejak kecil.

BOLEH CERITAKAN PROSES KREATIF KETIKA BEKERJA?

Saya akan tetapkan naratif pada koleksi yang saya mahu hasilkan. Biasanya akan bermula dengan mood board yang menggabungkan gambar-gambar daripada rujukan berbeza dan daripada situ saya membentuk proses akhir. Saya percaya pada kuasa visual dan pabila bekerja untuk projek baru saya sudah membayangkan kempennya bagaimana, kepentingan sosial media sehingga strategi pemasaran.

BAGAIMANA ANDA MENTAFSIRKAN HASIL KARYA ANDA?

Fresh and detail oriented. Saya akan memastikan setiap koleksi yang dihasilkan memiliki perincian dan cerita yang tersendiri.

ADA RUJUKAN TERTENTU ATAU IKON PILIHAN?

Saya suka elemen emosi yang ditafsirkan kepada sudut visual. Selain itu, pengaruh juga banyak datang daripada orang sekeliling. Arwah ibu saya terutamanya yang akan sentiasa menjadi inspirasi dan kebanggaan sepanjang saya berkarier.

APA YANG MEMBEZAKAN ANDA DENGAN PEREKA LAIN?

Hasil kerja saya yang saya sifatkan sebagai whimsical and theatrical. Apa yang saya sering ketengahkan adalah untuk menghasilkan sesuatu yang fun sebagai asas rekaan.

APA YANG MEMBERI INSPIRASI BUAT ANDA KEBELAKANGAN INI?
Warisan. Mungkin ramai yang tidak tahu saya memiliki darah keturunan Mamak dan Melayu. Warisan ini yang menjadi inspirasi dalam kebanyakan rujukan saya sekarang. Daripada budaya pemakaian sehingga gaya hidup semua berkait rapat dengan perihal warisan.

JENIS MUZIK YANG ANDA DENGARKAN KETIKA BERKARYA?

Saya suka lagu-lagu galau Indonesia. Kalau tidak pun saya banyak mendengar Lana Del Rey, Mitski dan lagu-lagu yang memiliki lirik yang mendalam penceritaannya. Emosi yang ada pada lagu-lagu sebegini mempengaruhi setiap karya yang dihasilkan.

TIGA PERKATAAN YANG MENGGAMBARKAN ESTETIKA ANDA?
Whimsical, fresh, joy.


Penulis / Penyelaras: Hafizan Mohd / Athirah Zahra Arahan Seni: Iera Nadzlim Penataan Gaya: Ardi Idewani Fotografi: Azim Mahayudin/Am Studio dibantu Adil Aqil Solekan: El Manda menggunakan YSL Beauty Dandanan: VV Chan menggunakan Shisheido Professional

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down