Langgan

Diari Road Trip Bersama Mercedes-Benz EQE 500 4MATIC SUV

Anggun, bergaya dan memang jelas DNA Mercedes.
2 minit untuk membaca
Published: April 8, 2025

Cuti singkat saya ke Kuantan baru-baru ini jadi lebih istimewa apabila saya diberi peluang review Mercedes-Benz EQE 500 4MATIC SUV. Ditemani suami dan anak, perjalanan ini cukup untuk tenangkan fikiran dan cukup jauh untuk benar-benar merasai prestasi SUV elektrik ini.

Impresi pertama? Anggun, bergaya dan memang jelas DNA Mercedes. EQE 500 merupakan sebahagian daripada barisan kenderaan fully-electric jenama ini dan ia menyerlah sebagai SUV bersaiz pertengahan yang menggabungkan kemewahan moden dengan praktikaliti harian. Saiznya pun 'just nice' untuk keluarga kecil seperti kami, luas tapi tidak terasa terlalu besar. Bergaya tanpa terlalu menonjol.

Mercedes-Benz EQE SUV

Walaupun mengemas barang untuk road trip keluarga selalunya proses yang mencabar, tetapi dengan SUV ni, semuanya jadi mudah. Ruang but belakang boleh dibuka hanya dengan gerakan kaki atau tekan butang, sangat membantu apabila tangan dah penuh dengan bagasi, makanan ringan dan lain-lain lagi. Ruang simpanan pun luas.

Sebaik saja kami keluar dari bandar, saya terus perasan betapa lancarnya EQE 500 dipandu – senyap, smooth dan lincah walaupun saiznya SUV. Tapi bila dah sampai Lebuhraya Karak, barulah rasa sebenar kuasa dia terserlah. Dikuasakan oleh dua motor elektrik, kenderaan ini menjana 402 kuasa kuda dan 633 lb-ft tork. Dalam bahasa mudah, memotong kereta lain terasa begitu lancar dan pecutan sangat responsif tanpa rasa hentakan. Daripada kosong ke 60 mph hanya ambil masa sekitar 4.6 saat. Walaupun cuaca baik sepanjang perjalanan, hakikat bahawa SUV ini ada sistem all-wheel drive memberi ketenangan, lebih-lebih lagi kalau jalan berliku atau cuaca tiba-tiba berubah.

Mercedes-Benz EQE SUV

Mercedes terkenal dengan rekaan dalaman yang premium dan model ini tidak mengecewakan. Tempat duduk kulit asli, pencahayaan ambien yang berubah mengikut suasana dan enjin yang sangat senyap. Daripada segi teknologi, semuanya mudah difahami dan mesra pengguna. Saya dan suami bergilir-gilir memandu, jadi saya sempat menikmati sistem bunyi yang mantap, mengasyikkan dan sempurna untuk sesi nyanyi-nyanyi spontan. Ruang kaki di belakang pun luas. Walaupun tiada barisan ketiga, konfigurasi lima tempat duduk cukup selesa untuk perjalanan yang tenang.

Mercedes-Benz EQE SUV

Satu kebimbangan utama saya bila memandu EV adalah jarak perjalanan. Tapi EQE 500 membuktikan dirinya. Dengan jarak anggaran sekitar 269 batu untuk sekali cas penuh (bergantung pada cara pemanduan), saya langsung tak rasa perlu sentiasa periksa tahap bateri. Kami selesa sampai ke pantai dengan baki tenaga yang mencukupi.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down