Langgan

Destinasi Berbuka Ala Kampung di Hotel Indigo

Destinasi berbuka puasa dengan cita rasa kampung membangkit selera.
2 minit untuk membaca
Published: March 3, 2025

Hotel Indigo Kuala Lumpur tahun ini menawarkan hidangan dengan ilham selera kampung bagi anda yang sentiasa mahukan hidangan Melayu sebagai sajian berbuka puasa. ELLE berbual bersama Chef Ridzuan sebagai ketua chef yang mengemudi barisan menu santapan berbuka di Hotel Indigo Kuala Lumpur tahun ini.

Inspirasi di sebalik pilihan menu berbuka puasa tahun ini?

Selera kampung menjadi tema menu di Hotel Indigo Kuala Lumpur tahun ini. Apa yang menginspirasikan konsep ini adalah kerana mahu mengembalikan kenangan manis dan cita rasa tradisi yang membangkit nostalgia yang mengembalikan keakraban dan konsep muhibah.

Tentang proses pemilihan menu

Berbalik pada konsep kenangan, menu yang dipilih kali ini mengembalikan pengunjung pada menu-menu kampung seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Nasi Minyak Buah Delima, Daging Kuzi dan lain-lain yang biasa  kita dapati di kampung. Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan segar yang didapatkan daripada pembekal yang mengekalkan kualiti makanan.

Chef Ridzuan

Tahun ini ada berapa menu keseluruhan?

Istimewanya tahun ini dengan tema ‘Selera Kampung’ kami menyediakan lebih daripada 60 hidangan. Pilihan lauk-pauk menarik, kuih-muih, manisan seperti Ayam Bakar, Pajeri Nanas, Kuih Lapis, Onde-Onde sehingga Cendol dan Roti John yang menjadi pilihan berbuka puasa rakyat Malaysia akan menjadi hidangan utama kali ini.

Apa cabaran terbesar chef dalam menyediakan pilihan menu kali ini?

Apabila menghasilkan menu kampung cabaran terbesar adalah untuk mendapatkan bahan mentah yang sebahagiannya sukar didapati. Selain itu, kos bahan mentah yang agak tinggi hari ini memerlukan kami untuk menjadi lebih kreatif dalam pemilihan bahan tetapi pada masa yang sama mengekalkan kualiti pada penghasilan.

Lima menu cadangan chef untuk pengunjung cuba?

Apa yang saya cadangkan untuk pengunjung tahun ini adalah hidangan Nasi Dulang Kambing Bukhari, pilihan Ikan Bakar, Daging Kuzi Buah Manis, Tempoyak Belimbing Buluh dan Gulai Kawah Daging Tetel.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down