Pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim serta Shalma Ainaa dan Wan Imar berkongsi pilihan perabot kegemaran mereka yang memenuhi kedua-dua aspek tersebut.
Dua pasangan selebriti ini memilih rekaan perabot daripada jenama King Living yang bukanlah nama baharu kerana ia ditubuhkan sejak lima dekad lalu. Malah jenama ini cukup sinonim dengan reka bentuk modular dan inovatif yang memberikan keselesaan tiada tandingan.
Jenama perabot terkemuka di Australia, King Living memiliki keistimewaan rekaannya tersendiri. Pasangan selebriti ini masing-masing telah mengubah ruang kediaman mereka dengan reka bentuk ikonik King Living.
Rekaan Modular Jasper Sofa Jadi Pilihan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim
Memilih perabot dari King Living untuk kediamannya, bagi selebriti jelita Zahirah Macwilson bukan sahaja kerana rekaannya tampak estetik malah ianya sangat personal.
“Sejak kecil keluarga saya di Australia sudah memiliki sofa King Living dan ia sentiasa membuatkan saya mengimpikan untuk memilikinya di rumah sendiri,” ujar Zahirah.
Ketika mereka bentuk ruang rumah, pasangan ini tahu Jasper Sofa adalah pilihan tepat bagi kediaman mereka. Jasper Sofa adalah ikon di dalam koleksi King Living. Terkenal dengan reka bentuk yang kemas, minimalis dan sesuai dengan kehendak pelanggan.
Sama ada menyusun semula agar sesuai dengan acara atau sekadar untuk menikmati ruang rehat yang luas, Zahirah dan Aiman menyukai bagaimana Jasper sesuai dengan gaya hidup mereka.
“Kami suka bagaimana ia boleh disesuaikan,” kata Aiman. “Rekaan modular membolehkan sofa ini diubah mengikut keadaan yang kami mahu dan masih kelihatan sleek. Bukan hanya stail, ia juga sangat selesa digunakan untuk berehat selepas hari yang panjang.”
Shalma Ainaa Dan Wan Imar Memilih Rekaan Estetika Moden Reo Sofa
Bagi hos TV dan usahawan, Shalma Ainaa dan suaminya Wan Imar, seorang arkitek, keutamaan mereka adalah mewujudkan kediaman yang mencerminkan estetika kontemporari serta bersih.
Reo Sofa dengan rekaan sempurna dari kulit menjadi pilihan Shalma Ainaa dan Wan Imar untuk melengkapkan ruang tamu kediaman mereka.
“Sejak dari awal lagi kami membayangkan ruang yang menonjolkan ciri kemesraan, keselesaan serta berseni sebagai hiasan utama. Jadi tema mid-century modern mewakili gaya tersebut yang menjadi kegemaran saya dan dicampur dengan gaya Shalma iaitu Wabi-Sabi,” jelas Wan Imar mengenai gaya rekaan rumah mereka.
Fabrik kulit mewah dan siluet moden menjadikan Reo Sofa sebagai contoh kepada komitmen jenama untuk menggabungkan reka bentuk dan fungsinya. Pasangan ini menghargai bukan hanya tentang rupa rekaannya tetapi juga bahan kukuh dan betapa praktikal serta selesa untuk duduk.
“Ia sangat sempurna sebagai perabot di kediaman kami,” kongsi Shalma. “Cukup sesuai dengan palet serta tekstur sambil memberikan keselesaan dan pelbagai fungsi tambahan.”
Shalma Ainaa dan Wan Imar tertarik dengan King Living kerana mementingkan keselesaan dan modulariti yang membuatkan pasangan ini merasakan ia selari dengan gaya kediaman mereka.
King Living: Epitome Kehidupan Australia di Malaysia
Kedua-dua selebriti ini berkongsikan sentimen sama iaitu King Living meningkatkan cara menikmati kediaman mereka. Zahirah dan Aiman temui keseronokan dengan inovasi modular dan warisan Sofa Jasper. Sementara Shalma dan Wan Imar terpesona dengan Sofa Reo yang memiliki gaya sofistikated serta keselesaannya.
Rekaan ikonik mencerminkan ciri utama King Living: rekaan bijak, fungsi inovatif dan menitikberatkan keselesaan. Sejak King Living tiba di Malaysia, ia telah mengubah tidak terkira kediaman dan menggabungkan kecemerlangan dengan ruang kediaman moden.
Terkenal dengan rekaan modular yang mengadaptasi perkembangan keperluan keluarga, King Living terus menjadi penanda aras perabot mewah - satu rumah dalam satu masa.