Di musim perayaan ini, pastinya ramai yang akan mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman ataupun pergi bercuti bersama keluarga. Jadi persiapan yang teliti cukup penting agar perjalanan anda jadi lebih lancar. Ini yang mesti anda ambil tahu sebelum memulakan perjalanan anda, ya!
Rancang perjalanan anda – Untuk merancang perjalanan yang sempurna, pastikan kenderaan anda berada di dalam keadaan yang baik dan sudah diservis. Pastikan anda semak perjalanan dengan menggunakan waze atau google maps untuk mengelak daripada lalu lintas yang sibuk. Tambahan lagi, jangan lupa untuk check baki dan isi kad TouchnGo sebelum memulakan perjalanan anda.
Tinggalkan rumah dalam keadaan bersih dan aman – Jika anda bercadang untuk meninggalkan rumah dalam jangka masa yang lama, untuk keselamatan, jangan lupa untuk menutup semua suis di dalam rumah untuk mengelakkan daripada terkena bil elektrik yang tinggi dan pastikan tingkap rumah dan pintu dikunci untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Juga, pastikan sampah dibuang sebelum anda keluar, ya!
Persiapan pakaian dan barangan peribadi – Anda boleh mula membuat persiaran pakaian beberapa hari sebelum berangkat, kerana last-minute packer pastinya akan cenderung untuk tertinggal barang keperluan. Tidak dilupakan juga seperti toiletries, ubat-ubatan dan penjagaan diri untuk tampil lebih on point!
Persediaan hadiah dan sampul duit raya – Perkara ini paling kerap berlaku. Sediakan angpau dan letakkan di dalam bagasi atau mana-mana tempat yang selamat. Selain daripada angpau, anda juga boleh membawa makanan perayaan seperti kuih raya, buah-buahan dan banyak lagi untuk memeriahkan musim perayaan ini.