Langgan

Ceritera Musim Semi di The Exchange TRX

The Exchange TRX menelusuri sambutan Tahun Baru Cina dengan meniup semangat musim bunga untuk semua pengunjung.
2 minit untuk membaca
Published: January 7, 2025
Longchamp

Musim perayaan di Malaysia tidak pernah sunyi dengan sambutan yang cukup meriah. Tahun Baru Cina satu daripadanya yang sentiasa dinantikan. The Exchange TRX tidak mahu ketinggalan dalam menjadi sebahagian daripada keraian. Tahun ini dengan tema ‘A Tale of Spring’ pengunjung akan dipersembahkan dengan sesuatu yang mempesona.

Pelbagai acara menarik disusun bermula 4 Januari sehingga 9 Februari dengan aktiviti kebudayaan, kekeluargaan, pengalaman menikmati hidangan istimewa dan beli-belah. The Exchange TRX menawarkan kesemua ini dengan semangat meraikan sesuatu yang positif dan penuh keterujaan.

Destinasi Beli-Belah

Apalah erti musim perayaan tanpa membeli-belah. Di The Exchange TRX anda boleh dapatkan semua yang anda impikan. Daripada rangkaian pakaian sehingga aksesori semuanya ada di sini siap menanti anda mencari tahu apa yang bersesuaian. 

Longchamp meraikan peminat rona merah jambu dengan pilihan jaket, beg dan kasut yang cukup menawan. Padanan cukup kasual ini mengambil ilham Parisian Chic yang cukup digilai akhir-akhir ini. Padankan bersama aksesori Wanderlust + Co. yang cukup elegan dengan pilihan rantai, gelang dan juga cincin yang akan menjadi pelengkap.

Polo Ralph Lauren

Dapatkan loket istimewa dengan rekaan menawan rantai Lucky Cat, Fortune Cookie dan rantai Red Packet yang direka khusus bersempena koleksi sambutan Tahun Baru Cina tahun ini. Setiap rekaan dihasilkan sebagai dedikasi pada warisan dan sebagai simbol keraian. 

Mahukan sesuatu yang sedondon dengan pasangan? Polo Ralph Lauren sempurna untuk anda dan pasangan. Pilihan rona merah yang dipadankan dengan warna tanah menjadi fokus koleksi jenama ini khusus buat anda yang mahukan sesuatu yang kasual tetapi masih bergaya. Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, Cole Haan memperkenalkan GrandPrø Crossover Sneakers yang diciptakan cukup selesa dengan rekaan sleek dan cukup moden. Ideal bagi gaya smart casual.

Wanderlust + Co.

BELANJA & TEBUS

  1. Auspicious Angpow Set yang direka khas dengan setiap pembelian RM388 atau RM338 bagi pemegang kad UOB.
  2. Oriental Travel Tea Set dan Auspicious Angpow Set dengan setiap pembelian RM3,888 atau RM3,500 bagi pemegang kad UOB.
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down