Lilin yang wangi bukan sekadar hiasan atau aromaterapi semata – kini ia menjadi simbol gaya hidup moden yang santai, aesthetic dan penuh vibe! Untuk mendapatkan lilin yang mampu mengubah susasana menjadi lebih tenang atau romantik, anda boleh membuatnya di rumah sahaja tanpa risaukan kos yang tinggi dan dapat digunakan dengan lama! Jom baca dan ikuti langkah ini untuk mendapatkan lilin pilihan anda!

Untuk dapatkan lilin yang sempurna, ini adalah bahan yang anda perlukan dan langkah-langkah untuk anda ikuti:
Bahan-bahan:
• Lilin soya / parafin / beeswax – anda boleh dapatkannya di platform online seperti Shopee atau di mana-mana kedai kraftangan yang berdekatan anda.

• Wick (sumbu lilin) – pilih saiz ikut bekas pilihan anda.

• Minyak pati (essential oil) – contohnya lavender, vanilla, rose dan pelbagai jenis bau yang menjadi pilihan untuk lilin buatan anda.
• Bekas lilin – gelas kecil, balang kaca, cawan atau pinggan mangkuk vintage yang akan menjadikan lilin anda lebih aesthetic!
• Hiasan tambahan – Hiasan seperti bunga atau deduan kering, glitter, pewarna untuk mencantikkan lagi lilin.
Cara-cara:
1. Cairkan lilin
Letakkan lilin dalam periuk kecil dan cairkan secara double boiler (periuk kecil atas periuk air mendidih). Jangan terus panaskan atas api, lilin anda pasti akan hangus!
2. Sediakan wick
Lekatkan wick di tengah-tengah bekas lilin guna gam panas atau pelekat khas. Pastikan tegak dan stabil.
3. Tambah pewarna & minyak pati
Bila lilin dah cair sepenuhnya, masukkan pewarna (jika guna), kemudian tambah 10-15 titis minyak pati pilihan dan kemudian kacau rata.
4. Tuang ke dalam bekas
Perlahan-lahan tuang lilin cair ke dalam bekas yang sudah ditampalkan wick tadi. Jangan lupa untuk berhati-hati untuk proses ini. Tambahkan juga hiasan didalam lilin mengikut citarasa anda.
5. Biarkan sementara
Biarkan lilin sejuk dan mengeras selama 4-6 jam. Jangan gerakkan masa ni supaya permukaan cantik dan rata.
6. Trim wick
Bila lilin sudah keras, potong wick tadi lebih kurang 1cm dari permukaan lilin dan sudah siap untuk dinyalakan!
@elysian.living DIY spring candles 🌸🕯️ #spring #candles #candlesoftiktok #diy #candlemaking #floral #coquette #aesthetic #pretty #girlythings #pinkaesthetic #asmr #satisfying #thatgirl #foryou #diycandle #diyideas #home ♬ Sweet nothing Sped up - -ShaiEditz-