Langgan

ELLE Malaysia akan Menyambut 'Grand Comeback' dengan Kolaborasi Istimewa Bersama The Exchange TRX

Parisian Chic menjadi tema pilihan untuk acara grand launching ELLE Malaysia di The Exchange TRX pada 1 Oktober ini!
2 minit untuk membaca
Published: September 19, 2024

Acara pelancaran ELLE Malaysia yang akan dilangsungkan selama seminggu ini menandakan era baru keunggulan fesyen serta gaya hidup, menggabungkan gaya terkini dengan pengalaman yang menyeronokkan dan mendalam.

Pelancaran ELLE Malaysia dalam Bahasa Melayu kini menambah seri portfolio Heart Media Group. Di bawah pimpinan Olivier Burlot, ELLE Malaysia bakal mengadakan grand launching, untuk meraikan title antarabangsa yang penuh berprestij ini. Bekerjasama dengan pusat beli-belah premium terbaru di tengah kota Kuala Lumpur, yakni The Exchange TRX, acara ini akan membuka tirainya mulai 1 Oktober di kawasan Central Exchange. Majlis yang penuh bergaya ini dijangka menyambut lebih daripada 400 tetamu, termasuk figura-figura ternama dari dunia fesyen, seni, muzik dan banyak lagi. Turut memeriahkan acara adalah kehadiran istimewa Duta Perancis, yakni Yang Berhormat Encik Axel Cruau serta Pesuruhjaya Tinggi Australia, Cik Danielle Heinecke.

Sebagai penghormatan kepada warisan ELLE yang penuh bermakna di serata dunia, acara ini juga mempamerkan lapan dekad legasi title ELLE - menunjukkan bagaimana ia telah menginspirasikan wanita untuk menerokai dan menggayakan fesyen dalam setiap aspek kehidupan mereka.

Menyebut tentang pemilihan The Exchange TRX adalah berdasarkan cerminan nilai-nilai keanggunan, inovasi dan gaya yang seiring dengan identiti ELLE Malaysia, lantas menjadikannya lokasi yang sempurna untuk merayakan momen bersejarah ini.

ELLE Malaysia

Gambar: theexchange.my

"Pelancaran ELLE Malaysia dalam Bahasa Melayu menekankan nilai-nilai bersama kita yang mengutamakan inclusivity dan penghayatan budaya. Kami teruja untuk menyaksikan bagaimana kerjasama ini akan memberi kesan kepada pelbagai audiens kami, serta mengukuhkan lagi The Exchange TRX sebagai destinasi gaya hidup yang dinamik di kota ini." Jessica Leong, Ketua Pemasaran untuk The Exchange TRX

Acara pelancaran besar-besaran yang bertemakan 'Parisian Chic In Red, White & Black', lokasi ini turut menyediakan photo spots yang direka khas untuk tetamu-tetamu merasai suasana serta merakam momen berharga sambil mengenakan gaya Parisian yang menawan. Tetamu juga akan berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menarik pada setiap hari, dengan jumlah hadiah melebihi RM15,000. Hadiah-hadiah ini merangkumi penginapan di hotel, peranti teknologi, produk kecantikan dan banyak lagi.

“Kami sangat gembira memperkenalkan pelancaran ELLE Malaysia dalam Bahasa Melayu, menandakan satu bab baru dalam sejarah majalah. Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan gelaran baru di dunia penerbitan, tetapi juga tentang merayakan gaya, pemberdayaan dan vibrant spirit of Malaysia. Di mana lagi yang lokasi terbaik untuk meraikan kejayaan ini, kalau bukan di lokasi premium terbaru, The Exchange TRX?”— Sarah Hani Jamil, Ketua Pengarang ELLE Malaysia.

Acara pelancaran ELLE Malaysia ini berlangsung selama enam hari, yang dimulakan dengan majlis pelancaran eksklusif pada hari pertama, menampilkan persembahan-persembahan menakjubkan artis tempatan, koleksi dari jenama antarabangsa serta pameran istimewa yang memfokuskan kepada cover ikonik global ELLE termasuklah cover sulung ELLE Malaysia yang menampilkan Mimi Lana! Kemudiannya pada hari kedua dan seterusnya, ia akan dibuka kepada orang ramai dengan pelbagai aktiviti setiap hari, termasuk acara styling masterclass, kelas menggubah bunga, sesi minuman petang yang sangat elegan, bengkel wangi-wangian mewah dan banyak lagi.

Pada April 2024, Kumpulan Lagardère mengumumkan Heart Media Group sebagai pemegang lesen baharu untuk ELLE di Malaysia, menyusuli pelancaran ELLE yang berjaya di Singapura pada Mac 2024.

Jilid pertama ELLE Malaysia diterbitkan pada September 2024. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: [email protected].

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down