Langgan

Breakfast Spot Terbaik Di KL yang Anda Mesti Cuba!

Mulakan hari anda dengan sarapan enak di tempat-tempat menarik ini!
3 minit untuk membaca
Published: April 29, 2025

Sarapan adalah waktu yang penting untuk memulakan hari anda. Terdapat banyak pilihan tempat sarapan yang menarik dari sarapan tradisional Malaysia hingga hidangan barat yang menyelerakan dan setiap tempat menawarkan keistimewaan tersendiri. Ini adalah senarai beberapa tempat sarapan yang wajib untuk anda kunjungi!

54200 Breakfast

Bagi peminat sarapan ala barat, 54200 Breakfast adalah kedai yang serba sederhana ini menyajikan pelbagai pilihan yang menyelerakan seperti English Breakfast, English muffin, brioche dan sandwich. Tempat yang minimalis namun penuh dengan rasa, menjadikan ia pilihan tepat bagi mereka yang mencari sarapan yang mengenyangkan.

Lokasi: Au 2a Taman Seri Keramat (sukhumvit 3)

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (Isnin Cuti) 7:30AM – 11:30AM

@bestfoodmy RM4 Egg Brioche! One of the cheapest English Breakfast spot in KL! @54200_breakfast 📍54200 Breakfast, Jalan AU2a/15, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur ⏰7.30am - 11.30am (Closed on Monday) 🎥 @aisyahfazli ♬ original sound - Best Food Malaysia

TGSK KL

Jika anda ingin merasai sarapan tradisional, TGSK KL adalah tempat yang harus anda singgah. Dengan menu seperti laksa Johor, lempeng, lontong, kuih muih dan banyak lagi! Setiap suapan membawa anda menikmati cita rasa asli Malaysia dan tempat ini menyajikan sarapan yang penuh dengan keunikan budaya, memberikan pengalaman sarapan yang tidak akan dilupakan!

Lokasi: Hillview Ulu Kelang 

Waktu Operasi: Buka setiap hari 7:00AM – 12:00PM

@makansedap.kl Sarapan pagi sedap KL 😋✅ #tgskkl #sarapanpagi #breakfastkl #makansedapkl #klfoodie #foodiesmalaysia #makanlokal #breakfastkualalumpur #breakfastampang #sarapanpagiampang #breakfasthunting #cafehopkl #cafehoppingmalaysia ♬ Nikmati Perjalanannya - Chintya Gabriella

Chanai & Chaya TTDI

Hidangan dari Chanai & Chaya menyajikan roti canai, tosai, apam, dan pelbagai pilihan makanan yang lain, tempat ini merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang menyukai masakan India pada waktu pagi. Tambahan dengan suasana yang meriah di pasar pagi menambah keseronokan dalam menikmati hidangan yang lazat ini.

Lokasi: Pasar Besar TTDI

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (Isnin Cuti) 6:00AM - 3:00PM

@jenjenjengg_ We forgot to try their Thosai!!! Anyways love the vibe here, food is good people are friendly. Definitely a good spot for morning breakfast date. 📍Chanai & Chaya, Pasar TTDI (Halal) #appam #malaysianfood #indiancuisine #klfoodie#foodiekl #foodie #foodies #foodielife #grandma #grandmarecipe #patti #kari #thosai #viralreels ♬ original sound - thejentomorrow - jenjenjengg_

Kopiholic

Untuk peminat kopi dan sarapan ala kopitiam, Kopiholic adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan. Menawarkan pelbagai hidangan berasaskan kopitiam klasik seperti roti bakar, telur separuh masak dan banyak lagi. Dengan suasana yang santai, ia adalah tempat yang sempurna untuk bersarapan sambil menikmati secawan kopi yang menyegarkan.

Lokasi: Taman Desa, KL

Waktu Operasi: Buka setiap hari 8:30AM – 9:30PM

@kerpokfoodie Mee kari memang TERBAIK! 📍Kopiholic, Taman Desa KL #kopitiam #sarapan #breakfast #cafehuntingmalaysia #klfoodie ♬ bunyi asal - fnd272

Rumah Kuning

Rumah Kuning yang terkenal dengan hidangan unik mereka iaitu roti sarang burung. Roti yang lembut dan beraroma ini disajikan dengan cara yang sangat menarik dan memberikan rasa yang berbeza dari hidangan sarapan biasa. Suasana kampung yang tenang juga menambah keistimewaan tempat ini, menjadikannya pilihan tepat untuk memulakan hari dengan penuh ketenangan.

Lokasi: Kampung Baru

Waktu Operasi: Buka setiap hari 6:00AM - 3:00PM

@shushimayo Port Breakfast di tengah bandar Kuala Lumpur korang!😋 📍Rumah Kuning, Jalan Raja Abdullah Kuala Lumpur #roticanai #breakfastideas #kualalumpur #foodie ♬ original sound - Kisheyy Elle

Hening

Bagi mereka yang mencari pengalaman sarapan yang lebih mewah namun tetap dengan sentuhan tradisional, Hening adalah pilihan yang tepat. Menyajikan makanan tradisional Malaysia dengan gaya yang lebih elegan, tempat ini menawarkan hidangan sarapan yang lazat bersusasanakan didalam rumah sesuai untuk mereka yang ingin menikmati sarapan dalam suasana yang lebih santai.

Lokasi: Lorong Damai 1, Jalan Damai, KL

Waktu Operasi: Setiap Hari 8:00AM – 6:00PM

@tastedbyangel 📍Hening , Kampung Datuk Keramat KL Best place for breakfast in KL! Highly recommended to try their roti sarang burung⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Open everyday 8am-6pm ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ #cafehuntingkl #breakfastspotkl #klfoodie ♬ tip toe - my playlist
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down