Naskhah filem adaptasi sentiasa ada pengikutnya, tahun lalu beberapa naskhah besar sudah diadaptasi ke layar perak dengan respons yang bercampur. Ada yang menyenangi tak kurang juga yang sebaliknya. Wicked, Nickel Boys, Dune 2 dan The Idea of You antara yang mendapat perhatian juga pujian.
Dan masih anda ingat kontroversi It End With Us yang dikatakan mengubah terus struktur feel dan mood asal novelnya menjadi berbeza daripada naskhah asal? Tahun ini sekali lagi naskhah novel popular menjadi pilihan Hollywood. Berikut yang harus menjadi senarai tonton anda tahun ini.

THE HOUSEMAID
Sydney Sweeney, Amanda Seyfried dan Brandon Sklenar disatukan dalam sebuah kisah berdasarkan novel tulisan Frieda McFadden berjurul "The Housemaid". Dijadualkan tayangan penghujung tahun ini filem ini akan diarahkan oleh Paul Feig.

DEEP CUTS
Mengambil latar tahun 2000, Deep Cuts membawa kisah percintaan muzikal yang membawa dua individu asing ke satu perjalanan yang lebih berwarna jalan ceritanya. Novel sulung tulisan Holly Brickley menampilkan lakonan Saoirse Ronan dan Austin Butler.

DIE, MY LOVE
Menampilkan lakonan Jennifer Lawrence bersama Robert Pattinson dan LaKeith Stanfield - filem ini membawa kisah dendam akan cinta dan kegilaan. Berdasarkan novel tulisan Ariana Harwicz, filem ini diarahkan oleh Lynne Ramsay.

PEOPLE WE MEET ON VACATION
Novel blockbuster tulisan Emily Henry ini membawa kisah Poppy dan Alex dalam satu transisi persahabatan yang panjang menemukan persoalan hidup. Lakonan Emily Bader and Tom Blyth bakal ditayangkan di Netflix.

REGRETING YOU
Sebuah lagi novel Colleen Hoover yang akan diadaptasi ke layar perak. "Regretting You" novel edaran tahun 2019 ini membawa fokus konflik dalam perhubungan ibu dan anak. Kisah ini bakal dilakonkan Allison Williams, Mckenna Grace, Dave Franco dan Mason Thames.