Meningkatkan pengalaman pemilikian premium, menerusi pembiayaan fleksibel. Terlindung dan tersedia kemudahan. BMW Malaysia memperkenalkan insiatif ‘GO ELECTRIC NOW’!

Terfikir mahu ‘berhijrah’ ke dunia pemanduan kereta elektrik? Bila lagi jika bukan sekarang? BMW Malaysia memperkenalkan kempen ‘GO ELECTRIC NOW’ – sebuah inisiatif nasional di penghujung tahun yang menggalakkan rakyat Malaysia beralih kepada mobiliti elektrik premium dengan barisan kenderaan yang cukup menarik.
Selari senada dengan falsafah ‘Power of Choice’, BMW menawarkan pelbagai model elektrik yang memenuhi gaya hidup dan keperluan berbeza, seraya masih memelihara imej jenama ini sebagai pembikin kereta pilihan buat setiap motorhead. Barisan model merangkumi Sports Activity Vehicle (SAV) seperti BMW iX1, iX2 dan iX. Bagi peminat Gran Coupé dan sedan mewah pula, tersedia model BMW i4 serta BMW i5. Masing-masing dengan nilai BHP yang tinggi, to keep the drive exciting! Kedua-dua model ini diiktiraf sebagai dua kenderaan elektrik terbaik oleh Consumer Reports, lantas ia memperkukuh reputasi BMW sebagai peneraju dalam inovasi mobiliti elektrik. Setiap pemanduan bakal meninggalkan kesan yang berkekalan, bukan pelepasan karbon.
Setiap model dalam rangkaian ini menampilkan Sheer Driving Pleasure – yakni pengalaman pemanduan tulen yang disempurnakan melalui pengendalian tepat, kuasa elektrik yang responsif dan teknologi sambungan generasi baharu.
BMW 'GO ELECTRIC NOW'

Kempen ‘GO ELECTRIC NOW’ bukan sekadar promosi jualan, namun ia adalah satu peluang buat mereka yang barangkali telah lama mengidamkan sebuah Ultimate Driving Machine tersendiri, dengan inisiatif cukup komprehensif untuk membekalkan pengalaman pemilikan premium. Pembiayaan fleksibel daripada BMW Group Financial Services Malaysia boleh menikmati dengan kadar faedah serendah 2.08% setahun, dengan ansuran bulanan yang menarik.
Ia tidak berhenti di situ. Malah, setiap pembelian disertakan Insurans Kenderaan Percuma selama setahun, BMW Service Inclusive sehingga enam tahun serta BMW Repair Inclusive selama lima tahun. Bagi memastikan ketenangan fikiran dan nilai pemilikan jangka masa panjang.
Kemudahan pemilikan turut diperkasakan lagi melalui sokongan pemasangan pengecas di rumah serta akses menyeluruh ke rangkaian pengecasan awam di seluruh negara menerusi rakan pengecasan BMW. Range anxiety is surely now a thing of the past!
Dengan rangkaian produk yang luas, tawaran menarik dan kemudahan menyeluruh, kempen ‘GO ELECTRIC NOW’ membuka peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menikmati masa depan mobiliti elektrik bersama BMW.
Kempen ini ditawarkan dengan pelbagai keistimewaan eksklusif untuk model elektrik terpilih di semua pengedar sah BMW di seluruh negara, dari 1 November hingga 31 Disember 2025. Go electric now!


