Langgan

Bicara ELLE Bersama Maggy Wang

Baca dan kenali sebahagian daripada dunia Maggy di halaman ini.
2 minit untuk membaca
Published: June 13, 2025
maggy

Maggy Wang bukan sahaja suara inspirasi buat generasi kini, malah juga suara di sebalik podcast ‘Head Over Heels’, ruang di mana realiti dan ketelusan bertemu. Baca lebih lanjut untuk mengetahui buku pilihannya, jenama pakaian kegemaran untuk membeli-belah dan semua perkara yang disuka Maggy di sini.

Tiga perkataan untuk menggambarkan diri anda.

Yapper, bold and opinionated.

Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini? 

Well, I tak obses dengan mana-mana trend, tapi lega era seluar skinny dengan pinggang ultra rendah sudah berakhir, I hope! I seorang minimalis, suka gaya basic dengan sentuhan ringkas yang tak berlebihan. You carry the clothes, not let them carry you.

start with why

Buku, podcast atau rancangan TV terbaru yang menarik perhatian anda?

I tengah baca ‘Start With Why’ oleh Simon Sinek.

Minuman kegemaran yang akan dipesan ketika di kafe?

Lychee flavoured kombucha atau iced americano, mengikut keperluan kafein pada hari itu.

Satu produk kecantikan that you can’t live without

My lip balm. Perlu pastikan bibir sentiasa lembap sepanjang hari. Rasa tak lengkap kalau keluar rumah tanpanya, jadi I ada satu dalam setiap beg. Buat masa ini, I suka the Lip & Cheek Balm daripada Chanel.

podcast head over heels

Bagaimana cara anda memulakan hari?

Dengan visi yang ingin dicapai. Jika itu hari podcast, I akan bekerja untuk itu. Jika itu hari acara, I mungkin akan habiskan masa menulis skrip dan membuat persediaan untuk majlis tersebut. Tetapi jika itu hari berehat, I tak akan buat apa-apa langsung.

Tempat, bandar atau negara yang anda ingin kunjungi dan kenapa?

Sentiasa teringin untuk melawat Perancis Selatan. I banyak dengar tentang keindahan Riviera Perancis.

Apakah lokasi atau jenama pakaian pilihan untuk membeli-belah? 

COS & Mango adalah dua jenama kegemaran. Mereka mempunyai pakaian klasik terbaik yang akan tahan bertahun-tahun.

Lagu yang boleh didengarkan berulang kali?

Apabila sedih atau dalam mood muram, I akan dengar Bruno Major, tapi jika tengah gembira, lagu-lagu R&B akan buat I terus bersemangat.

Kata-kata terbaik yang pernah diterima?

What will be, will be. Trust the process.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down