Langgan

Bicara ELLE Bersama Leona

Temui cara Leona menzahirkan gayanya melalui setiap minat dan kesukaannya!
2 minit untuk membaca
Published: May 4, 2025
leona

Internet sensasi dan personaliti gen Z, Kasih Iris Leona sentiasa menyerlah dan menjadi tumpuan dengan personalitinya yang manja dan ceria. Baca lebih lanjut untuk mengetahui rancangan TV pilihan, produk kecantikan kegemaran dan semua perkara yang disukai Leona di ruang ini.

Buku, podcast atau rancangan TV terbaru yang menarik perhatian anda?

I sedang menonton ‘Ski into Love’ di Netflix! I selalunya lebih gemar menonton rancangan dari Asia.

Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini?

I sedang cuba untuk berpakaian dengan lebih sopan sejak kebelakangan ini tapi secara umum, tak ada gaya spesifik. Apa yang konsisten adalah I selalu memakai warna pink!

Satu produk kecantikan that you can’t live without?

I suka guna cushion, sangat mudah dan senang dipakai. Cushions kegemaran adalah daripada Skintific atau Glad2Glow! Oh, dan pemerah pipi daripada Dior hehe.

Minuman kegemaran yang akan dipesan ketika di kafe?

A strawberry matcha latte.

Tempat, bandar atau negara yang anda ingin kunjungi dan kenapa?

Mungkin Finland untuk merasai percutian musim sejuk yang sebenar atau Los Angeles… I selalu tertanya-tanya bagaimana suasana di sana.  

@leonsmeonss Kakak masak makaroni goreng @Khairulaming ♬ Cooking, bossa nova, adults, light(950693) - Kids Sound

Hidangan kegemaran untuk dimasak?

I tak ada satu hidangan khusus, tapi I lebih suka bereksperimen dengan resipi baru di dapur setiap hari!

Bagaimana cara anda memulakan hari?

I mulakan dengan membalas mesej dan emel. Kemudian, membuat kerja-kerja rumah dan makan buah untuk sarapan. Selepas itu, I akan keluar berjalan kaki di sekitar bandar untuk cukupkan langkah.

Apakah lokasi atau jenama pakaian pilihan untuk membeli-belah?

Sejujurnya, everywhere. I tak setia pada mana-mana jenama, tapi I sangat setia pada warna pink haha. Jadi, I akan beli di tempat yang mempunyai pilihan pink yang terbaik!

Lagu yang boleh didengari berulang kali?

Birds of a Feather’ oleh Billie Eilish hehe. Fakta menarik, I jenis yang dengar satu lagu berulang kali sampai I bosan. Like, just that one song. Over and over again. 

Kongsikan satu perkara tentang anda yang masih belum diketahui ramai?

Sejujurnya I tak boleh fikirkan apa-apa! I rasa macam followers I tahu semua benda tentang I sebab I cenderung untuk overshare di internet haha.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down