Langgan

Bicara ELLE Bersama Ayra Messi

Edisi Raya
2 minit untuk membaca
Published: February 24, 2025
ayra messi
Gambar: Instagram/ @ayramessi

Gadis jelita dengan kecantikan semula jadi ini telah mengukir nama sebagai model dan kini, usahawan dengan pelancaran Skyra Beauty, jenama olesan bibirnya. Dalam edisi istimewa kali ini, Ayra Messi berkongsi keindahan menyambut Syawal buat dirinya.

Apakah aktiviti yang menjadi keutamaan anda pada pagi Syawal? 

Setiap tahun, wajib solat raya berjemaah dan makan bersama keluarga.

Jenama lokal manakah yang menjadi pilihan utama anda? Kenapa? 

Alia Bastamam dan Samm Republic. Kedua-duanya memiliki identiti tersendiri dan I pentingkan keselesaan, gaya effortless serta exclusivity.

Juadah apakah yang anda sering nanti-nantikan setiap kali tiba musim perayaan?

Rendang daging & nasi impit adalah kegemaran!

Adakah anda menggemari suasana balik kampung atau lebih suka meraikan raya di bandar? 

Balik kampung! Ini adalah satu-satunya momen untuk benar-benar meluangkan masa berkualiti bersama atuk, opah dan saudara mara.

Apakah persediaan kecantikan yang anda lakukan bagi memastikan penampilan berseri di pagi Syawal?

I akan memastikan untuk melakukan rawatan muka seminggu sebelum raya.

Lagu raya yang berjaya menghidupkan suasana Aidilfitri bagi anda?

‘Suasana Di Hari Raya’ nyanyian Anuar Zain dan Ellina serta ‘Sesuci Lebaran’ oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

ayra messi
Gambar: Instagram/ @ayramessi

Adakah anda mengamalkan konsep ‘underconsumption’? atau hanya mengenakan baju raya sekali sahaja?

Yes, I do recycle baju raya yang masih muat kerana I percaya pembaziran bukan satu amalan baik. Kita perlu sentiasa ingat yang tidak semua orang berkemampuan untuk membeli atau memakai baju raya.

Aksesori yang anda anggap paling penting untuk melengkapkan fesyen raya anda?

Earrings! Tanpanya, I rasa tak lengkap.

Cara anda menentukan pilihan rona baju raya untuk anda/keluarga?

Biasanya adik I, Tasnim, yang akan menentukan warna tema baju raya keluarga. Jadi, I cuma mengikuti sahaja.

Momen Hari Raya yang masih kekal segar dalam ingatan hingga ke hari ini?

Waktu kecil dulu, I suka pergi rumah jiran-jiran di kampung dan kutip duit raya dari pagi hingga malam. Akibatnya, my dad akan nasihatkan supaya tidak meminta-minta daripada orang lain dan apabila sudah dewasa, barulah I faham kenapa.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down