Apple baru sahaja melancarkan acara tahunan WWDC mereka bagi versi 2025 pada 9 Jun lepas, sekali lagi menciptakan gelombang keterujaan serta menggetarkan dunia teknologi. Mari ikuti lima sorotan kemaskini OS baharu daripada Apple yang cukup unik!
Rekabentuk software Liquid Glass
Digunakan merentasi semua platform operating system atau OS seperti iOS 26, iPadOS 26, macOS Tahoe 26, watchOS 26, dan tvOS 26, reka bentuk software Liquid Glass baharu ini adalah "peningkatan rekabentuk software terbesar Apple sejak iOS7," kata Craig Federighi, jurutera software Apple. Sifat Liquid Glass ini menyesuaikan diri mengikut aksi pengguna seperti apabila pengguna scroll, tekan, atau buka aplikasi, sekaligus memberikan impak yang lebih lively kepada semua peranti Apple. Skrin kini tampak lebih mewah, interaktif dan moden. Terdapat mod gelap, mod terang, mod bewarna, dan yang terbaru, mod lutsinar.

Terjemahan secara langsung di iMessage, FaceTime, dan Phone.
Apple sentiasa menolak sempadan kearah aksesibiliti bagi pengguna-pengguna alat peranti mereka. Dengan kemas kini terbaru, Apple memperkenalkan sistem terjemahan secara langsung di app iMessage, FaceTime dan Phone. Kata-kata diterjemah secara automatik pada skrin, memudahkan pengguna memahami percakapan antara satu sama lain meskipun berbeza bahasa. Di app Phone pula, terjemahan secara langsung boleh dibuat meskipun pengguna lain tidak menggunakan iPhone.


Rakan dan muzik bersenam
Introduksi sistem workout buddy baharu berfungsi untuk memberikan motivasi kepada pengguna ketika pengguna sedang membuat senaman. Ia menjejak permulaan dan pengakhiran senaman, dan memberitahu jika pengguna mendapat pencapaian baru seperti rekod kelajuan, rekod jarak dan sebagainya.

Sistem tingkap di iPadOS
iPadOS mendapat peningkatan yang besar berbanding sebelumnya. Kini, pengguna dapat membuka dan mengubah saiz aplikasi dengan lebih banyak, selanjutnya meningkatkan lagi kecekapan pekerjaan menggunakan iPad. Aplikasi Files juga kelihatan lebih kemas dengan warna dan emoji tersuai, membenarkan pengimbasan fail secara lebih pantas dan akses yang lebih mudah.

Karaoke di rumah bersama tvOS
Nak karaoke dengan kawan-kawan? Tak perlu lagi keluar rumah! Menggunakan tvOS dan Apple Music, pengguna boleh berkongsi senarai main beramai-ramai dan menggunakan iPhone mereka sendiri sebagai mikrofon. Karaoke kini berada dalam keselesaan rumah anda sendiri.
