Langgan

Apple Watch Series 10: Teman Sempurna untuk Ramadan Yang Tenang & Bermakna

Ramadan lebih teratur dan sihat dengan Apple Watch!
2 minit untuk membaca
Published: March 13, 2025

Ramadan adalah bulan yang membawa perubahan dalam rutin harian kita, daripada bangun awal untuk bersahur dan beribadah pada waktu malam sehingga persiapan menyambut Aidilfitri. Apple Watch Series 10 hadir sebagai teman setia yang membantu anda kekal aktif, memantau kesihatan, dan mengatur jadual sepanjang bulan mulia ini.

Tidur Berkualiti dengan Sleep App

Ramadan mengubah pola tidur dengan sahur pada awal pagi. Sleep App membolehkan anda menetapkan jadual tidur, memantau peringkat tidur seperti REM, Core dan Deep sleep, serta membantu anda mengekalkan kualiti tidur yang baik. Dengan tidur yang mencukupi, anda dapat menjalani Ramadan dengan penuh tenaga dan fokus.

Pantau Kesihatan dengan Vitals App

Berbuka dengan makanan yang lazat, malam yang sibuk dan waktu bersama keluarga boleh memberi kesan kepada kesihatan anda. Vitals App membantu mengawasi kadar denyutan jantung, pernafasan dan senaman anda agar keseimbangan kesihatan terjaga sepanjang Ramadan.

Kekal Aktif dengan Activity App

Walaupun berpuasa, aktiviti fizikal tetap penting untuk kesihatan. Activity App memastikan anda kekal bergerak dengan mengingatkan anda untuk melengkapkan 'activity rings'. Senaman ringan seperti berjalan, regangan atau yoga boleh membantu anda mengekalkan kecergasan tanpa membebankan tubuh.

Rancang Awal dengan Cycle Tracking App

Perubahan jadual makan dan tidur boleh memberi kesan kepada kitaran haid anda. Cycle Tracking App membolehkan anda mencatat maklumat kitaran dan menggunakan suhu pergelangan tangan untuk membuat anggaran ovulasi, membantu anda merancang dengan lebih baik sepanjang Ramadan.

Tingkatkan Kesedaran Diri dengan Mindfulness App

Ramadan bukan hanya tentang fizikal, tetapi juga ketenangan jiwa. Mindfulness App dengan ciri Breathe membantu anda mengambil masa untuk berehat, mengawal emosi, dan kekal fokus pada saat ini.

Apple Watch Series 10

Sokongan Aplikasi Apple Watch untuk Ramadan

  • Muslim Pro: Waktu solat, kiraan puasa, dan arah kiblat dalam satu aplikasi.
  • Endel: Suara latar yang membantu fokus dan ketenangan sepanjang Ramadan.
  • Structured: Jadualkan tugasan dan peringatan untuk solat, berbuka puasa dan aktiviti harian.
  • Todoist: Mengurus tugas dan komitmen Ramadan dengan lebih tersusun.

Kekal Aktif dengan Apple Fitness+

Apple Fitness+ memperkenalkan aktiviti dan video istimewa dengan senaman ringan seperti yoga, latihan kekuatan, dan kickboxing oleh Nez Dally. Mulai 3 Mac, nikmati pelbagai sesi senaman yang direka khas untuk membantu keseimbangan tenaga sepanjang berpuasa.

Kata Nez, "Ia adalah sangat penting untuk mendengar badan anda dan membuat pergerakan yang sesuai dalam bulan Ramadan. Senaman berimpak rendah seperti yoga, cooldowns dan strength serta kickboxing boleh membantu anda kekal aktif tanpa menggunakan terlalu banyak tenaga, memastikan anda seimbang sepanjang hari. Mencari masa dan tempoh yang sesuai untuk jadual anda adalah penting. Latihan fizikal dan rohani ini boleh meningkatkan kesejahteraan anda."

Apple Watch Series 10

Nikmati Ramadan dengan koleksi khas aplikasi dan permainan di App Store yang membantu anda kekal berhubung dan menikmati masa berkualiti bersama keluarga. Sama ada untuk merancang hari, mencari inspirasi masakan atau bersantai dengan permainan, aplikasi seperti TikTok, InShot, Todoist, dan Mobile Legends akan menjadikan Ramadan anda lebih menyeronokkan. AI seperti Canva dan Let’s Cook juga membantu anda mengurus tugas harian dengan lebih mudah.

Untuk melengkapkan suasana Ramadan, dengarkan Inspired by Faith di Apple Music, menampilkan lagu-lagu inspirasi daripada artis Muslim seperti Ammar Mukhriz dan Zizi Kirana yang membawa ketenangan dan refleksi sepanjang bulan penuh keberkatan ini.

Apple Watch Series 10

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down