Langgan

Malam Kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39) yang Memukau!

Persembahan gah daripada barisan penyanyi tanah air yang menarik perhatian ramai!
2 minit untuk membaca
Published: February 17, 2025

Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) telah berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 Februari 2025. Acara kali ini membuktikan bahawa industri muzik Malaysia tidak kurang dengan bakat kreatif. Mengambil bertemakan “Nada Rasa”, AJL kembali mengangkat martabat komposer, penulis lirik dan penyanyi menerusi penghasilan lagu yang dicipta.

Persembahan Pembukaan

Ara Johari, Wani Kayrie, Noki K-Clique, dan Shiha Zikir berjaya memanaskan suasana dan menghidupkan semangat penonton dan ditambah juga dengan kemunculan daripada Dato’ M Nasir yang membawa lagu Hanya Kamu dari filem Ejen Ali The Movie 2 yang menggabungkan elemen muzik elektronik yang segar.

Persembahan Finalis

Setiap finalis kemudian tampil dengan persembahan yang kreatif dan penuh emosi, menonjolkan keunikan masing-masing. Antara yang mencuri tumpuan adalah kolaborasi Kugiran Masdo dan Aisyah Aziz melalui lagu “Pujaanku” berjaya membuat seluruh Axiata Arena berdansa bersama dengan unsur tarian zapin yang dipersembahkan. Marsha Milan dengan lagu “Hening Rindu” menyentuh hati penonton dengan penghayatan mendalam terhadap lirik dan melodi sekaligus menobatkan Marsha sebagai Juara pada malam itu.

Persembahan daripada Nadeera yang membawakan lagu “Bukan Lagi Kita” dengan lirik dan suara yang dibawa oleh Nadeera sendiri membuatkan ramai yang menusuk ke dalam jiwa penonton dan dinobatkan sebagai Naib Juara. Akim & Majistret dipilih pihak juri sebagai pemenang tempat ke-3 dengan lagu “Saksama” . Memberi efek luar biasa kepada penonton, persembahan yang mengabungkan kugiran dan campuran orkestra membuatkan lagu ini memikat hati juri dan penonton.

Aina Abdul mengungguli kategori Persembahan Terbaik dengan kreativiti persembahan yang membawakan backdrop berbentuk “jantung” menerusi lagu, “Puas Sudah”. Persembahan “Aura” daripada Ernie Zakri juga gah dengan konsep ‘taman syurga’ yang sangat mengagumkan pihak juri dengan vokalnya menganugerahkan Ernie trofi bagi kategori Vokal Terbaik.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down