Langgan

Antara Momen Terbaik di Met Gala 2025!

Met Gala yang dinanti-nantikan kini tiba!
2 minit untuk membaca
Published: May 6, 2025

Acara Met Gala 2025 yang berlangsung di New York telah menyaksikan pelbagai detik menarik dan penuh gaya yang menjadi bualan ramai. Ketahui lebih lagi tentang momen-momen yang dapat dirakam dan di kongsikan di media sosial semasa majlis yang gah ini dilangsungkan.

Rihanna Umumkan Kehamilan Ketiga

Rihanna sekali lagi mencari tumpuan apabila dia mengumumkan bahawa dia sedang hamil anak ketiga bersama pasangannya, A$AP Rocky. Tampil menonjolkan baby bumpnya di khalayak ramai sebelum majlis Met Gala dimulakan dengan pakaiannya yang berwarna kelabu.

Persembahan Pembukaan Khas

Pengerusi ikonik Met Gala, Anna Wintour, tiba bersama co-chair Lewis Hamilton dan Colman Domingo. Malam glamor Met Gala dibuka dengan persembahan lagu "Ain’t No Mountain High Enough" dari kumpulan acapella gospel choir. Persembahan yang memukau ini dikira sebagai tanda menghormati dan meraikan black dandy style.

Penampilan Diana Ross

Lagenda muzik Diana Ross mengejutkan semua dengan kemunculannya yang anggun dan memukau selepas 20 tahun ke Met Gala. Diana mengenakan busana mewah dan glamor ditambah dengan feathery shawl yang berukuran 18 kaki panjang.

@savoirflair #DianaRoss just made her grand #MetGala comeback after 22 years—and in true icon fashion, she shut it down. Her white gown, complete with an 18-foot train embroidered with the names of her children and grandchildren, was a love letter to legacy and style. Designed alongside her son Evan Ross and Ugo Mozie, it was personal, powerful, and easily one of the most unforgettable looks of the night. #MetGala2025 ♬ original sound - Savoir Flair

Doechii Di Dalam Kotak!

Penyanyi dan rapper terkenal, Doechii menjadi sensasi dan bualan ramai di media sosial kerana dia kelihatan meninggalkan hotelnya di dalam kotak besar. Doechii dikataka inngin menjaga looknya dari hujan dan telah menjadi bualan ramai di media sosial. Momen ikonik ini pasti akan diingati sepanjang masa!

Damson Idris Exchange!

Pelakon Damson Idris memberi detik fesyen yang unik dan memukau apabila beliau menukar pakaiannya secara langsung di karpet merah. Bermula dengan pakaian perlumbaan gaya vintaj sebelum menukar kepada tuxedo yang klasik dari Tommy Hilfiger.

@stylecartelmedia Making Met Gala history! Damson Idris arrives in a tear-away F1-inspired look before the dapper maroon reveal. What a moment! 🤯 What did you think of this moment? #DamsonIdris #FashionHistory #damsonidristiktok #metgala2025 #metgala #redcarpet #fashion #highfashion #celebritystyle #metgalafashion #tailoredfashion #blackexcellence #celebritystyle #sneakpeek #fashionicon #stylecartel #fashionblogger #fyp #foryoupage #fyppp ♬ IGOR'S THEME (Got my eyes open) - Tyler, The Creator

Anne Hathaway Memberi Tribute Kepada André Leon Talley

Anne Hathaway tampil dengan column dress bersama tailored button-down sebagai tanda penghormatan kepada ikon André Leon Talley. Busana yang dipakai menggabungkan kemewahan klasik dengan elemen avant-garde, sesuatu yang pasti akan dihargai oleh Talley sendiri.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down