Thrifting adalah pembelian barangan terpakai yang sudah lama tetapi masih berkualiti. Aktiviti ini memupuk sifat sustainabiliti dalam pembelian pakaian, kasut atau apa sahaja. Kebelakangan ini, thrifting juga menjadi gaya hidup dan menjadi trend dikalangan gen-Z. Ini 5 thrift store menarik yang boleh anda kunjungi hujung minggu ini.
1. Again Thrift Store
Again adalah salah satu thrift store yang menarik dengan vibe youth dan cool, membuatkan ramai yang datang kesitu bukan sahaja untuk membeli baju atau barangan terpakai, tetapi juga sangat instagramable. Di sana anda boleh dapati pelbagai pilihan barangan terpakai yang mempunyai elemen Y2K. Sesuai dengan trend terkini!
@carmenwcl 📍again thrift store #thrift #thrifting #thrifttok #thriftwithme #againthriftstore ♬ original sound - ︎︎︎
2. OKGO
OKGO membawa stail pakaian yang lebih kepada vintaj dan sofistikated serta sesuai untuk semua terutama sekali kepada sesiapa yang ini mencuba imej baharu. Berkonsepkan urban dan funky, ramai yang datang ke stor ini bukan sahaja untuk membeli belah malah juga merupakan spot hang out bersama kawan-kawan.
@okgostore come to work with me : thriftstore edition #curatedthriftstore #subangjay #ss18 #okgostoremy #localthriftstore ♬ espresso sabrina - celebs media
3. Jalan Jalan Japan
Jalan Jalan Japan membawakan konsep dari negara jepun dengan memberikan vibe dan gaya vintaj. Terdapat pelbagai jenis barangan yang boleh dithriftkan seperti baju, kasut, beg tangan dan lain-lain. Selain daripada item fesyen, ada juga barangan terpakai seperti barangan bayi, perabot, pinggan mangkuk yang kesemuanya diambil dari Jepun!
@cillycuts had to take the time to find the goods here #goornogo ♬ You Got It - Vedo
4. 2nd Street
Konsep yang diberi oleh 2nd Street ini juga daripada negara Jepun yang lebih kepada stail trendy yang terkini. Jenama mewah seperti Prada, Kate Spade, Gucci, Adidas ada di sana. Selain daripada itu, 2nd Street juga menawarkan servis penjualan baju daripada sesiapa sahaja yang inginkan extra cash dan bolec dijadikan sebagai barangan kitar semula.
5. Walla! Carboot Sale
Walla Carboot Sale membawakan konsep menjual barangan preloved dengan jualan carboot yang beroperasi pada hari minggu. Konsep ini agak menarik kerana sesi penjualan ini menggunakan boot kereta yang effortless. Di sini anda akan menjadi rambang mata kerana terdapat banyak pilihan seperti pakaian, tudung, beg tangan, buku dan juga mainan.