Langgan

5 Tempat Photo Booth Trendy yang Wajib Anda Cuba Di KL!

Cipta memori di photobooth aesthetic pilihan anda!
2 minit untuk membaca
Published: February 23, 2025

Untuk mengabadikan momen istimewa, photo booth adalah tempat yang sempurna untuk mencipta kenangan unik. Terinspirasi oleh trend Korea, terdapat pelbagai photo booth menarik dengan konsep berbeza yang boleh anda kunjungi. Jom terokai lima lokasi photo booth KL terbaik yang wajib masuk senarai anda!

Plan B

Jika anda peminat konsep urban dan moden, Plan B di Sunway Pyramid adalah lokasi yang wajib dicuba! Dengan bertemakan yang seakan-akan subway atau didalam stesen keretapi, photo booth ini memberikan hasil gambar yang aesthetic, minimalis dan lain daripada yang lain. Pencahayaan dan reka bentuk latar belakangnya turut menambah sentuhan ikonik menjadikan setiap gambar lebih menawan.

Meers Studio @ Tempat Kita

Bagi yang gemarkan konsep vintage dan unik, Meers Studio yang terletak di dalam Tempat Kita adalah pilihan terbaik. Bukan sahaja anda boleh mendapatkan pakaian thrifting yang trendy, tetapi anda juga boleh mengambil gambar di photo booth dengan pemilihan konsep yang anda inginkan. Gabungan suasana kedai thrift dan photo booth menjadikannya tempat yang sempurna untuk pencinta fesyen dan fotografi.

The Film

The Film di Subang Jaya membawa konsep yang cukup menarik dengan tema elevator atau lif. Anda akan berasa seolah-olah berada dalam lif sebenar dengan pencahayaan dan suasana yang sangat realistik. Konsep ini sangat sesuai untuk anda yang mahu sesuatu yang unik untuk gaya fotografi. Sama ada gaya kasual atau formal, setiap foto di sini pasti kelihatan eksklusif!

@sethlui.com This is your sign to try the hottest photo booth around! 📍 The Film, Jalan ss15/8, 45700, Subang Jaya. 🎞️11am - 9pm #malaysia #photobooth #korea #elevator #kl #viral #trend #fyp ♬ original sound - SETHLUI.COM

MewMovement Studio

Kepada yang inginkan sesuatu yang lebih kreatif dan artistik, MewMovement Studio di Subang Jaya menawarkan pengalaman photo booth dengan lukisan tangan yang memberikan efek seperti gambar dalam komik atau ilustrasi. Jika anda seorang yang sukakan seni, anda pasti jatuh cinta dengan konsep di sini!

@antsdiary29 📍Mew movement, SS2 Finally get to visit this viral shop that hand drawn your pictures within 15 mins 🫢 The photobooth experience was so cool ! The results were sooo cute 🥺🫶🏻 Me and my friends actually spend 1.5h inside the shop 🤣 From taking photos to busy shopping inside 🫣 #date #kl #funspots #fyp ♬ original sound - antsdiary

Ohneul Cafe

Konsep yang dibawa oleh Ohneul cafe di Pasar Seni menggabungkan photo booth dan kafe dalam satu tempat, memberikan pengalaman yang lebih santai dan menyeronokkan. Dengan dekorasi yang aesthetic dan selesa, anda boleh menikmati masa berkualiti bersama kawan-kawan sambil merakam momen indah.

@ohneulstudio Invite you to Open Promo at #ohneulcafe. which runs until the end of January 2025! If you buy 3 drinks, you will get 1 free photo. (weekday only) enjoy with your friends! #ohneulstudio #cafe #photobooth #pasarseni #fyp #viral #new #malaysia #kl #travle ♬ som original - 𝓶𝓪𝔁
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down