Kolaborasi K-pop sentiasa mengujakan, terutama sekali apabila melibatkan artis antarabangsa yang mencipta momen muzik yang unik. Bulan ini, kita disajikan dengan barisan artis hebat seperti Taeyeon, RM, Cha Eun-woo, dan Lee Young-ji. Mari kita lihat kolaborasi yang wajib anda dengar bulan ini.
Taeyeon & Sam Smith: 'I’m Not The Only One'
Duet antara Taeyeon dan Sam Smith ini adalah impian yang menjadi kenyataan untuk peminat kedua-dua artis. Sempena ulang tahun ke-10 album debut Sam Smith, 'In The Lonely Hour', penyanyi British ini telah memulakan projek duet global dengan penyanyi dari seluruh dunia. Penyampaian lirik Korea oleh Taeyeon menambah sentuhan istimewa, mewakili penghargaan mendalam Sam kepada peminat setianya di Korea. Ini adalah kolaborasi antarabangsa yang pasti menjadi tumpuan.
Cha Eun-woo & Peder Elias: 'Hey Hello'
Tatkala musim summer hampir berakhir, lagu segar oleh Cha Eun-woo dan penyanyi Norway Peder Elias ini menawarkan soundtrack yang sempurna. 'Hey Hello' pertama kali dipersembahkan di konsert encore Eun-woo di Seoul baru-baru ini, dan ia sudah pun mencuri hati ramai. Lagu ini meraikan kegembiraan bersama orang tersayang, tidak kira di mana jua. Sebuah lagu yang sesuai untuk mengekalkan suasana ceria musim panas.
RM & Megan Thee Stallion: 'Neva Play'
RM sekali lagi bekerjasama dengan Megan Thee Stallion, selepas kejayaan besar mereka dengan remix lagu 'Butter' oleh BTS. Kali ini, RM tampil dalam lagu baharu Megan berjudul 'Neva Play'. Bulan lalu, Megan mengusik tentang kolaborasi ini di X (dahulu dikenali sebagai Twitter), dan akaun rasmi BTS turut memberi maklum balas, mencetuskan keterujaan di kalangan peminat. Komen Megan, “Ini kali pertama saya mendengar gaya rap RM,” menambah lagi debaran menantikan lagu ini. Ini adalah single yang anda tidak mahu terlepas!
Lee Young-ji & Christopher: 'Trouble'
Rapper Korea, Lee Young-ji, dan penyanyi Denmark, Christopher, telah membina hubungan yang erat selepas kemunculannya di bekas rancangan YouTube Lee bertajuk 'No Prepare'. Kini, mereka membawa keserasian itu ke tahap seterusnya dengan kolaborasi lagu berjudul 'Trouble', yang akan dilancarkan pada bulan September ini. Dari tenaga mereka di pentas hingga sinergi vokal, lagu ini pasti akan membawa gabungan gaya yang unik.
Artikel diolah dari ELLE Korea.