Merantau Bersama Cathay Pacific adalah tentang kepantasan perjalanan. Daripada inflight dining yang diinspirasikan daripada tradisi kulinari sehinggalah hab yang terletak di Hong Kong yang mengajak kita untuk menyelami eksplorasi. Perjalanan adalah sebahagian daripada destinasi.
Keperlahanan rasa dan keingintahuan tinggi sepanjang kembara ke China, terutamanya menjejakkan kaki di destinasi-destinasi luar bandar. Seperti Changsha, Guiyang atau Yiwu yang sarat dengan hunian budaya serta tradisi. Terbentuk segalanya, daripada hidangan makanan sehinggalah rentak kehidupan harian. Perantauan ini didorong oleh suatu perasaan yang beralas dengan ketibaan di destinasi dalam rasa yang selesa, lapang dan keterbukaan kala meneroka. Namun, pengalaman indah ini bermula jauh sebelum mendarat yang dibawakan oleh Cathay Pacific.
Bayangkan sebaik berlepas dari Malaysia, penerbangan jadi lebih halus dan lancar menerusi Hong Kong – yang bukan lagi sekadarkan cuma persinggahan, malah sebagai kesinambungan. Ia membuka akses kepada rangkaian yang menghubungkan pengembara-pengembara ke 24 bandar di seluruh Tanah Besar China, dengan menaiki lebih daripada 330 penerbangan setiap minggu.
“Bersama Cathay, setiap perjalanan dibentuk oleh bagaimana ia dirasai - rasa selesa, aliran penerbangan yang lancar tanpa usaha dan ketelitian perincian yang menjadikan perjalanan anda cukup bermakna,” kata Nicolas Masse, Ketua Kawasan Cathay bagi Malaysia & Singapura.
Detik ini berawal daripada waktu anda melangkah masuk ke dalam pesawat dan mula menemukan diri dengan rentaknya. Ketenangan menyuasanai kabin, layanan atau servis diberi perhatian sepenuhnya dan pengalaman dalam penerbangan umpama mengangkut anda ke travel mode secara perlahan-lahan. Dalam kelas perniagaan atau business class, hidangan menu Chinese Classics mengajak anda ke dimensi yang menegapkan lagi pengalaman tersebut. Menu ini diilhamkan oleh China’s Eight Great Cuisines, yang memperlihatkan cerminan warisan segenap rantau dan seni kulinari, dipadukan lagi rasanya bersama teh Cina dan wain. Ia lebih daripada hidangan makanan. Ia adalah pengenalan kita kepada apa yang menanti.
Inilah yang diterapkan oleh Cathay Pacific. Membenarkan pengembara-pengembara mengecap nikmat bahawa perjalanan tidaklah hanya tentang desgtinasi A dan tiba di destinasi B. Ia adalah tentang perjalanan atau penerbangan yang dirasakan puas! Dari aspek keselesaan, kemudahan dan detik-detik kecil yang tersirat sepanjang perjalanan.
Hong Kong Sebagai Hab Yang Memudahkan

Untuk yang kerap mengembara, kurasi jadual membabitkan opsyen atau pilihan. Lantas, kemudahan perjalanan atau penerbangan diidamkan itu ‘dirasai’ di Hong Kong, yang juga merupakan hab utama Cathay Pacific. Laluannya strategik, malah sambungan perjalanan juga lebih fleksibel dan lancar. Conothnya, merantau menggunakan pesawat atau transisi ke pengembaraan di atas darat, kereta api ataupun feri. Kereta api berkelajuan tinggi dari West Kowloon ke lokasi-lokasi berbeza seperti Guangzhou, Shenzhen, Shanghai dan Beijing. Manakala feri atau coach services memiliki akses ke Greater Bay Area.
Hong Kong is more than a point of connection. Buat pengembara-pengembara yang memilih untuk menjengah lebih lama, kota Hong Kong adalah sebahagian daripada perjalanan itu sendiri. Persinggahan menawarkan kedalaman pengalaman. Seperti menghargai pemandangan senja di pelabuhan atau kawasan kejiranan yang menyimpan pertembungan antara warisan dengan kemodenan, malah menikmati semangkuk mi dan late night dessert. Kunjungan yang singkat pun berisi makna, membekalkan ganjaran besar yang mencorakkan nilai dalam pengembaraan.

Cathay Pacific mengoperasikan penerbangan yang kerap melalui Hong Kong – dari Kuala Lumpur dan Penang. Sambungan perjalanan yang ditawarkan juga adalah pada hari yang sama ke variasi destinasi di China. Prosesnya cukup kemas, hanya dengan satu pas penerbangan pergi, ditambah lagi transfers yang terusun rapi dan tiada gangguan yang menghambat perjalanan. Seolah-olah tidak menyedari segala urusan logistik dan ia memberi ruang kepada kita sebagai pengembara, untuk rasa teruja kala merantau.




