
Daripada rona berkilat seakan pelangi hinggalah ke reka bentuk yang elegan, peralatan memasak Le Creuset sememangnya ikonik — and icons aren’t made overnight.
Bagi meraikan satu abad inspirasi kulinari, Le Creuset memperkenalkan Flamme Dorée; koleksi edisi terhad sebagai penghormatan kepada koleksi Flame yang ikonik.
Pada tahun 1925, pengasas Le Creuset mengubah landskap peralatan memasak yang pada ketika itu terkenal dengan trend cookware utilitarian kepada cast iron enamelware dan sejak itu terus memberi inspirasi kepada chef profesional dan tukang masak di rumah.
Flamme Dorée menampilkan kilauan enamel jingga pekat yang berinspirasi daripada magma, dihiasi dengan kemasan emas, memberi nafas baru kepada koleksi Flame klasik sebagai penghormatan sempena ulang tahun jenama ini.
Kualiti pertukangan yang tinggi kekal menjadi etos Le Creuset sejak awal penubuhannya, kaedah penghasilan Le Creuset kekal hampir tidak berubah hingga kini. Setiap satu enameled cast iron dari foundri Le Creuset masih dicetak secara individu dalam acuan pasir menggunakan besi cair. Dan semestinya, warna memainkan peranan besar dalam menjadikan Le Creuset begitu disayangi hingga mampu bertahan selama satu abad. Daripada set televisyen dan dapur profesional hinggalah ke dapur rumah anda, Le Creuset melengkapi meja untuk semua lapisan masyarakat.