Langgan

Koleksi Vespa Snake Capsule Membawa Eksperimentasi Kreatif Pengembaraan Gaya Hidup dan Fesyen

Gaya musim sejuk penuh ranggi ilham Vespa.
2 minit untuk membaca
Published: December 4, 2024

Tahukah anda bahawa Vespa, jenama daripada Itali yang terkenal untuk skuter ikonik mereka mempunyai rangkaian pakaian juga? Kembali dengan koleksi kedua - Vespa Snake Capsule, yang membawa anda ke sebuah pengembaraan landskap musim sejuk yang mempesonakan menerusi tema transformasi yang sering berubah-ubah seperti gaya, inovasi, material dan reka bentuk.

Koleksi terbaharu Vespa menyambut semangat kebebasan nan elegan jenama ini, yang merupakan babak kedua kepada koleksi pertama Vespa - Summer Edit. Ia menceritakan eksplorasi tanpa henti menjelajah dunia menerusi projek gaya hidup empty space.

Vespa Snake Capsule diinspirasikan daripada figura Ular, haiwan yang diraikan pada tahun lunar yang akan datang dalam kalendar Cina. Haiwan penuh misteri ini merupakan simbol kelahiran semula, dan transformasi - dua tema utama dalam koleksi musim sejuk yang dipersembahkan oleh Vespa kali ini, selain ia juga melambangkan untuk memberi tuah.

Jika dilihat dengan teliti keseluruhan koleksi Vespa Snake Capsule, anda akan mendapati corak grafik ular sebagai elemen utama yang diterapkan pada pakaian dan aksesori. Kebolehan haiwan eksotik ini untuk merubah warna untuk bersembunyi serta rona iridescent fabrik dipilih secara teliti termasuklah pemilihan perincian, menjadikan setiap helai pakaian sebagai karya seni yang boleh digayakan.

Antara item ikonik dalam Vespa Snake Capsule adalah jaket bomber berona silver berkilau, dengan tampalan gaya grafiti yang disulam warna kelabu dan putih serta patch ular besar di bahagian belakang, knitwear kardigan dan sweater fabrik wool dan kasmir, serta set tracksuit dengan sulaman patch ular, menambah sentuhan gaya jalanan yang cool!

Selain itu, aksesori juga dihiasi dengan simbol ular, menyerlahkan seni ketukangan, menawarkan kombinasi sempurna antara praktikaliti dan reka bentuk untuk suntikan estetika kontemporari yang timeless.

Secara kromatik, koleksi ini dihidupkan melalui gabungan kilauan rona-rona seperti perubahan dari ais ke kelabu mutiara hingga putih optik, bak landskap musim sejuk yang diliputi salji.

Vespa Snake Capsule boleh didapati secara online di laman web Vespa yang didedikasikan untuk projek gaya hidup empty space.

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down