Langgan

Gaun Valentino Paling Ikonik di Karpet Merah

Where timeless elegance meets Hollywood glamour.
2 minit untuk membaca
Published: January 20, 2026

Dalam dunia karpet merah yang sentiasa berubah mengikut trend dan sensasi, nama Valentino Garavani berdiri sebagai simbol keanggunan yang tidak pernah tunduk kepada masa. Setiap gaun yang diciptanya bukan sekadar memenuhi protokol glamor Hollywood, tetapi membina naratif tentang kuasa feminin, romansa dan keberanian untuk tampil berbeza.

Sejak dekad 1960-an, Valentino telah menjadi pilihan utama wanita berpengaruh dalam dunia hiburan. Dari malam Oscar ke Golden Globes, rekaan beliau sering muncul bukan untuk mencuri perhatian semata-mata, tetapi untuk kekal dalam ingatan sejarah fesyen.

Gaun Hitam Ikonik Julia Roberts di Academy Awards 2001

Sukar untuk membincangkan Valentino tanpa menyebut momen Julia Roberts di Anugerah Akademi 2001. Gaun hitam putih dengan garis bersih dan struktur minimal itu bukan hanya melengkapkan ucapan kemenangannya untuk watak dalam filem Erin Brockovich tetapi ia mengubah cara dunia melihat fesyen karpet merah. Tanpa hiasan berlebihan, gaun tersebut membuktikan bahawa keanggunan sebenar terletak pada keyakinan dan potongan yang tepat.

Gaun Butter Yellow Cate Blanchett

Valentino juga dikenali kerana keberaniannya bermain dengan warna. Cate Blanchett menjadi contoh terbaik apabila beliau melangkah ke Oscar dalam gaun kuning lembut rekaan khas Valentino. Warna yang jarang dipilih untuk acara sebesar itu akhirnya menjadi simbol keberanian gaya dan hari itu, Blanchett bukan sekadar pelakon terbaik, tetapi juga merupakan seorang ikon fesyen.

Gaun Uber Chic Gwyneth Paltrow

Gwyneth Paltrow ialah antara muse moden Valentino. Pilihannya sering jatuh kepada gaun potongan bersih dengan palet warna lembut seperti hitam, putih, nude dan merah klasik. Setiap penampilannya membuktikan bahawa rekaan Valentino tidak memerlukan dramatik berlebihan untuk mencipta impak.

Gaun Toga Dress Jennifer Lopez

Antara penampilan JLo paling diingati ialah toga dress rona hijau lembut yang digayakannya ke Anugerah Akademi pada awal era 2000-an. Ringkas dari segi potongan, namun memancarkan aura glamor Hollywood yang sofistikated. Siluet bersih dan jatuhan fabrik yang sempurna menjadikan penampilan itu satu rujukan gaya, memperlihatkan bagaimana Valentino memahami seni menyerlahkan keyakinan dan karisma wanita moden.

Gaun Couture Vintaj Valentino Kaia Gerber

Kaia Gerber membuktikan bahawa fesyen Valentino masih kekal relevan apabila dia melangkah ke Vanity Fair Oscar Party 2025 dalam gaun couture vintaj Valentino dari koleksi Spring 1997. Dengan siluet yang halus dan fabrik yang mengalir, penampilan Kaia menggabungkan keanggunan klasik Valentino dengan aura moden seorang ikon muda.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down