Langgan

UNIQLO x ANYA HINDMARCH Kembali dengan Koleksi “T-SHIRT SHOP” Musim Panas 2025

Tersedia bermula 30 Mei 2025 di seluruh Malaysia!
2 minit untuk membaca
Published: May 19, 2025

UNIQLO mengumumkan kerjasama terbaru bersama pereka fesyen terkenal dari Britain, Anya Hindmarch, menerusi pelancaran koleksi musim panas 2025 bertemakan “T-SHIRT SHOP”. Koleksi ini menampilkan elemen ikonik seperti motif mata dan perincian jahitan yang menyerlah pada rekaan t-shirt asas – menjadikannya pilihan sempurna untuk musim panas dengan gaya yang ringkas namun penuh personaliti.

Anya Hindmarch berkata mengenai kolaborasi ini: “Saya sangat teruja untuk memperkenalkan ‘T-SHIRT SHOP’ UNIQLO x Anya Hindmarch – satu sistem rekaan t-shirt asas harian yang anda perlukan dalam almari pakaian anda, tetapi diperbaharui dengan sentuhan istimewa Anya. Koleksi ini merangkumi pelbagai potongan, berat fabrik dan kegunaan, menggabungkan kepakaran UNIQLO dengan pendekatan playful yang sinonim dengan jenama saya.”

Sistem 5 Gaya T-Shirt Asas, Penuh Fungsi & Gaya

Barisan pakaian wanita terdiri daripada empat gaya utama, setiap satu direka teliti dengan penekanan terhadap potongan, fabrik, panjang lengan dan reka bentuk leher untuk memenuhi fungsi tertentu:

  • T1BOXY: Potongan longgar gaya 'boyfriend', diperbuat daripada kapas berkualiti tinggi dengan lengan yang lebih panjang. Sesuai digayakan bersama jeans.
  • T2CLASSIC: Diperbuat daripada kapas slub yang ringan dan lembut, potongan kemas dengan leher lebih rendah. Pilihan sempurna untuk aktiviti harian atau bersenam.
  • T3SLEEVELESS: T-shirt tanpa lengan yang longgar, sesuai dipakai di bawah jaket atau bersendirian ketika cuaca panas. Dihiasi motif mata di bahagian belakang dan perincian unik di bahu kanan.
  • T4TANK: Potongan fitted daripada kapas rib, diinspirasikan daripada potongan baju lelaki dengan reka bentuk racer back. Sesuai untuk bersenam, tidur, atau dipakai sendiri pada hari panas.

Untuk kanak-kanak, tersedia gaya KT1EASY – t-shirt berkolar bulat dengan jahitan yang menyeronokkan dan motif mata yang pasti mencuit hati si kecil. Ditawarkan dalam empat warna menarik.

Aksesori Tambahan: Pouch Berbentuk Petak

Diperbuat untuk kegunaan harian atau perjalanan, pouch boleh basuh ini hadir dalam dua saiz – besar dan kecil. Reka bentuk yang praktikal namun comel ini sesuai dijadikan teman perjalanan atau hadiah istimewa bersama koleksi t-shirt.

Tarikh Pelancaran: 30 Mei 2025 (Jumaat)
Lokasi Jualan: Semua stor UNIQLO di Malaysia dan atas talian di uniqlo.com
Antara Produk & harga:

KategoriHarga
T-shirt WanitaRM59.90
T-shirt Kanak-kanakRM49.90
Aksesori (Pouch)RM39.90 – RM59.90
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down