‘Honten’ dalam bahasa Jepun bermaksud 'kedai utama', dan stor flagship global baharu UNIQLO Shinjuku HONTEN ini merupakan outlet ke lima UNIQLO di kawasan tersebut, dan juga merupakan yang terbesar di Shinjuku, dengan keluasan tiga tingkat!
Terletak di hab pelancongan yang sibuk dan menjadi pusat tumpuan pelancong luar negara mahupun penduduk lokal, stor flagship terbaharu UNIQLO bakal menjadi mercu tanda di Shinjuku. ELLE diterbangkan khas ke acara pelancaran eksklusif UNIQLO Shinjuku HONTEN baru-baru ini, dan kami kongsikan info menarik yang patut anda tahu tentang stor flagship UNIQLO Shinjuku HONTEN.
'Koleksi Istimewa Shinjuku HONTEN' dijual secara eksklusif di UNIQLO Shinjuku HONTEN
Di UNIQLO Shinjuku HONTEN, anda boleh dapati rangkaian produk eksklusif yang biasanya hanya boleh didapati di stor-stor UNIQLO Eropah dan Amerika Syarikat. Jadi, ini antara sebab utama mengapa anda mesti datang melawat dan membeli-belah di sana jika datang bercuti ke Shinjuku, Jepun.
Kolaborasi T-shirt edisi terhad 'Godzilla WITH UT' eksklusif di UNIQLO Shinjuku HONTEN
Fun fact: Watak filem ikonik Godzilla dikatakan berorigin di Shinjuku. Malah, patung kepala Godzilla menjadi mercu tanda dan tarikan pelancong popular yang boleh anda lihat di Kabukichō, Shinjuku.
Sempena meraikan ulang tahun ke-70 pelancaran filem pertama Godzilla, UNIQLO mengeluarkan koleksi kolaborasi istimewa antara Godzilla dan UT yang dijual secara eksklusif di UNIQLO Shinjuku HONTEN.
Re.Uniqlo Studio menawarkan perkhidmatan sulaman dan pembaikan pakaian, serta servis custom Utme! untuk design T-shirt anda sendiri
Naik ke tingkat tiga, anda akan menemui Re.Uniqlo Studio, menawarkan perkhidmatan sulaman dan pembaikan pakaian. Ia pasti menjadi cenderahati istimewa yang menarik untuk dijadikan hadiah mahupun item sentimental sempena memperingati trip percutian anda ke Shinjuku.
Dan bersebelahan dengannya pula, anda boleh mereka cipta sendiri T-shirt di ruang Utme! Selain itu, barangan kolaborasi eksklusif dengan lapan syarikat terkenal yang mempunyai sejarah yang panjang di Shinjuku, seperti Nissin Foods, Sekaido, Shinjuku Nakamuraya, Shinjuku Suehirotei, dan Shinjuku Takano boleh didapati di sana.
Relaks di UNIQLO COFFEE dan beli bunga segar di UNIQLO FLOWER
Sambil anda asyik melihat produk fesyen di tingkat dua, mata anda pastinya akan mengalih tertumpu kepada bunga-bunga segar yang menghiasi sudut stor UNIQLO ini. UNIQLO mengambil konsep LifeWear yang direka untuk membuat kehidupan semua orang lebih baik dan menterjemahkan konsep ini kepada UNIQLO FLOWER yang menjual bunga bermusim.
Di aras yang sama, anda boleh dapati UNIQLO COFFEE serta ruang santai hip dan luas memandang pemandangan bangunan Shinjuku. Bayangkan anda sedang relaks sambil menghirup kopi panas dan menikmati manisan tempatan mereka selepas sesi membeli-belah. So satisfying!
Juga, ELLE senaraikan tempat-tempat yang mesti anda check out jika bercuti ke Shinjuku, Jepun
Shinjuku Takano Fruits Parlor
Kedai buah mewah yang berkembang seiring dengan Shinjuku mempunyai sejarah yang panjang di kawasan itu, menawarkan pelanggan mereka buah-buahan berkualiti tinggi. Kini, kedai buah istimewa ini juga mempunyai kafe yang menumpukan kepada parfait menyajikan beberapa pencuci mulut yang paling decadent di Shinjuku.
Books Kinokuniya Shinjuku
Ditubuhkan oleh bekas presiden Moichi Tanabe pada tahun 1927, kini kedai buku Kinokuniya mempunyai sebanyak 107 outlet di serata dunia. Kedai buku Kinokuniya Shinjuku ini juga merupakan yang terbesar di Jepun kerana mempunyai 1 juta buku termasuk buku Jepun, buku asing, komik dan DVD.
Teater Filem Shinjuku Musashino-kan
Shinjuku Musashinokan adalah sebuah pawagam yang dibina pada tahun 1920, pernah melalui era pawagam kelas tinggi independent premier di Tokyo yang menayangkan filem-filem asing. Kini, Shinjuku Musashino-kan masih beroperasi dengan tiga skrin untuk peminat setia teater filem.
Disk Union Record Shinjuku
Tempat yang wajib dikunjungi bagi peminat muzik dan pengumpul rekod, Union Record Shinjuku bagaikan Mekah muzik 8 tingkat yang dipenuhi dengan rekod vinyl dan CD. Di sini, anda boleh dapati hampir ke semua genre muzik, terutama sekali rock dan J-pop.