Langgan

UNIQLO Lantik Clare Waight Keller Sebagai Pengarah Kreatif Baharu

Pereka fesyen British, Clare Waight Keller memperkukuhkan portfolio, menjadi Pengarah Kreatif UNIQLO
2 minit untuk membaca
Published: September 4, 2024
Uniqlo Clare waight Keller

UNIQLO menggazet sesuatu yang mengujakan, yakni Clare Waight Keller dilantik sebagai Pengarah Kreatif baharu jenama tersebut.

Kecocokan DNA dengan UNIQLO menyesuaikan posisinya. Mengepal erat kecenderungan untuk membentuk sesuatu yang ringkas dan membuang jauh rekaan-rekaan sarat dekorasi, tidak hairan mengapa reputasinya terdahulu yang pernah menjadi pengarah kreatif untuk rangkaian istimewa, tidak membangkitkan pertempuran kata di kalangan pencinta-pencinta fesyen. Tiga musim lalu, — semenjak tahun lepas, ke musim bunga tahun ini dan ‘mundar laju’ ke musim luruh sekarang — himpunan kapsul UNIQLO : C yang dikepalai olehnya telah mendatangkan jaya. Laku dan menaruh reaksi positif di kalangan pembeli. 

Jadi, ia mengukuhkan kepercayaan kita bahawa atas dasar itulah Clare Waight Keller layak dilantik sebagai pengarah kreatif. Bukan sahaja untuk rangkaian ‘C’ lagi, namun untuk rangkaian mainline UNIQLO!

Bermakna LifeWear UNIQLO akan diselia sepenuhnya oleh Clare. Skop kerjanya tidak lagi bersempadan. Barangkali dia bukan sahaja menampilkan kemahuan pelanggan-pelanggan sedia ada, malah membawa kebaharuan atau kesegaran yang mampu merevolusikan UNIQLO. Clare menyemai benih eksperimen, memperkenalkan rupa atau siluet baharu, eksplorasi dalam mencipta pola dan stail yang lebih bertumpu kepada permintaan pasaran muda. 

Seperti biasa, inilah keunggulan UNIQLO. Menukar paradigma dengan membawa individu-individu kreatif yang pernah bernaung di bawah ‘payung’ fesyen mewah untuk memperluas gagasan mereka ke arah nada yang bersifat mass - Clare Waight Keller yang sebelum ini pernah berkhidmat untuk jenama Givenchy dan Chloe.

Jelas Tadashi Yanai, Presiden dan Pegawai Ketua Eksekutif Fast Retailing, “Berbekalkan bakatnya yang tiada tandingan dan pengalaman menakjubkan, saya tertarik dengan kehebatan Clare yang tidak pernah menyingkir perspektif pelanggan-pelanggan dalam menghasilkan sesuatu. Kami sangat bangga menjadikan Clare Waight Keller sebagai Pengarah Kreatif UNIQLO yang baharu.”

Clare mengaku bahawa pembabitannya dalam mengembangkan lagi LifeWear menyemarakkan semangatnya. “Dua tahun sudah saya bekerja untuk UNIQLO. Saya kagum dengan inovasi kompeni ini dalam melahirkan produk-produk berkualiti dan luar biasa,” kata Clare. 

Fokus Clare juga lebih universal. Di samping himpunan wanita, Clare turut memusatkan perhatiannya kepada himpunan lelaki.

Koleksi Clare Waight Keller untuk UNIQLO : C musim bunga / panas 2024
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down