Saranan yang lebih daripada sekadar teoretikal dan terbukti keberkesanannya adalah perjuangan yang sememangnya selama ini dibangunkan oleh jenama UNIQLO. Tambahan pula bila menyentuh bab-bab inovasi dan pragmatik, yang merupakan elemen terpenting dalam setiap rekaannya. Kali ini, UNIQLO membangkitkan kepintaran menerusi rangkaian innerwear dan sekali gus menganjurkan objektif untuk wanita-wanita agar lebih mengekspresikan apresiasi buat tubuh serta fizikal mereka!
Memberi manfaat pada tubuh seraya berfungsi sebagai ceraian yang bisa dipakai atau digayakan sekehendak hati – dipadankan bersama jaket, kemeja, dress dan seumpamanya – sebagai essentials dalam penggayaan. UNIQLO Bra Top yang hadir daripada rangkaian UNIQLO Innerwear ini menampilkan rekaan bra atau coli tanpa wayar yang mampu menyokong dada 360 darjah. Molded cups atau mangkuk coli pada UNIQLO Bra Top memperhebatkan lagi sokongan serta kekonsistenan, kerana fungsinya membantu mengekalkan bentuk semulajadi dada saat bila dipakai.
Panel Power Net pada bahagian tepi pula membantu mengelakkan bentuk dada melimpahi mangkuk coli kerana sokongannya yang padu. Perincian Power Net ini juga diletakkan di bahagian belakang dengan empat darjah ketegangan yang memastikan keselesaan optimum, terutama sekali pada bahagian dasarnya.
Menyambung bicara tentang perincian Power Net ini lagi, rekaannya seamless dan ia dicapai menerusi teknologi Power Net yang menjamin padanan selesa pada tubuh. Integrasi unik Power Net dan mangkuk coli memimik struktur rekaan bra atau coli tradisional, lantas kedayaan Bra Top yang mudah dipakai on its own.
Tiga UNIQLO Bra Top yang menjadi tumpuan kali ini: yakni American Sleeve Bra Sleeveless Top, Halter Neck Ribbed Bra Sleeveless Top dan AIRism Bra Camisole. American Sleeve Bra Sleeveless Top hadir dalam rekaan seperti kutang moden yang menggunakan material opaque dan narrow ribbed yang menambah tekstur serta daya tahan lama. Siluet ringkasnya dipertingkatkan lagi oleh bentuk bahu yang cantik dan mangkuk coli yang terbina dalam UNIQLO Bra Top ini membuatkan wanita-wanita tidak perlu lagi memakai ceraian bra atau coli lain.
Halter Neck Ribbed Bra Sleeveless Top menampilkan fabrik garis bentuk dengan siluet tailored. Mudah dibasuh dalam mesin, easy care dan kepanjangan rekaannya tidak meurmitkan penggayaan (sama ada mahu tucked in atau untucked). AIRism Bra Camisole menghidangkan teknologi DRY dengan Cool Touch, menyerap kelembapan dan mampu menyahbau.
UNIQLO Bra Top ini regang atau ada aspek melenturtegang, menjamin keselesaan bila dipakai. Kemasannya juga seamless, bagi menampilkan rekaan yang streamlined serta memiliki sokongan mangkuk coli yang membuatkan penggayaan kelihatan lebih rapi.
ELLE Malaysia mempersembahkan enam penggayaan berbeza menerusi pemakaian UNIQLO Bra Top. Bagi mempamerkan versatility, kedayaan serta kefungsian dalam penataan yang stylish – untuk gaya kasual streetwear, gaya kerja, gaya semi formal, gaya atletik, gaya hujung minggu dan gaya lounge.
Gaya Kerja
Untuk gaya ini, kami memadankan Halter Neck Bra Sleeveless Top berona hijau militari bersama blazer Oversized Jacket serta Utility Shirt (yang hampir sama dengan Bra Top dipakai di dalam) yang dibiarkan lepas butang-butangnya. Dilengkapi skirt UNIQLO: C Pleated Long Skirt bercorak geometri untuk ‘memecah’ imej monokromatik.
Gaya Semi Formal
Bra Top untuk gaya evening? Sudah tentu! Kami sengaja memilih AIRism Cotton Cropped Bra Tube Top berona gelap untuk dipadankan dengan Cable Crew Neck Cardigan serta Satin Skirt berona perang lembut, bagi membangkitkan kontra.
Gaya Hujung Minggu
Double denim dengan American Sleeve Cropped Bra Sleeveless Top untuk memperlihatkan versatility Bra Top. Soft Denim Shirt bersama Denim Panel Long Skirt menyerlahkan imej, lantas mempertingkatkan stail hujung minggu anda.
Gaya Atletik
Bagai sinonim dah rangkaian AIRism dengan imej atletik, apalagi bila berada di negara beriklim panas. Inspirasi gaya atletik gen Z ini adalah gabung padan AIRism Bra Camisole dengan Ultra Stretch AIRism Full Zip Jacket dan HEATTECH Parachute Pants. Nampak cool lagi bila aksesori tambahan seperti UNIQLO: C Clog Shoes melengkapkan penampilan.
Gaya Lounge
Bersahaja dan santai. Halter Neck Bra Sleeveless Top bercorak jalur dipadankan dengan Soft Flannel Skipper Shirt bercorak petak, mencadangkan inspirasi gaya clashing prints tetapi dalam citra subtle. Washable Knit Ribbed Pants pula melembutkan penggayaan.
Gaya Kasual Streetwear
Imej coastal grandma bertemu gaya kasual streetwear. AIRism Bra Camisole dipadankan dengan Light Souffle Yarn V Neck Short Cardigan untuk menambah tekstur pada penggayaan. Lapiskan pula jaket Brushed Jersey Oversized Blouson di atas dan Denim Pleated Pants agar menerbitkan keberanian dalam penataan imej.
Untuk mengetahui semua update berkenaan dengan UNIQLO, anda boleh follow atau ikut Instagram rasmi UNIQLO.
Fotografi Aiman Yazid Arahan Seni & Penataan Gaya Ardi Idewani Pengarah Digital Sri Azni Dibantu Oleh Athirah Zahra Solekan & Dandanan El Manda Zuhairy Model Nina Amin (The Models lab KL) Pakaian UNIQLO