Langgan

Ukir Nama Sebagai Pereka Fesyen Muda di Karpet Merah ‘Wicked’

Tahukah anda, pelakon Malaysia Aaron Teoh turut membintangi filem 'Wicked'?! Dan dengan bangganya, Aaron menggayakan rekaan pereka asal Malaysia di acara karpet merah!
2 minit untuk membaca
Published: November 25, 2024

Siapa Shertienne Lee? Shertienne Lee adalah seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam Fashion Contour di London yang telah mencipta nama sebagai pereka fesyen muda Malaysia di karpet merah antarabangsa! Pereka fesyen muda ini tampil berani dengan menghasilkan busana eksklusif untuk pelakon Malaysia, Aaron Teoh, yang juga membintangi filem Wicked sebagai 'Avaric' bersama Ariana Grande dan Cynthia Erivo. Isteri kepada Aaron, yakni Adeline, juga menggayakan rekaan istimewa daripada Shertienne Lee.

Batik di Karpet Merah Wicked

Pada usia 22 tahun, Shertienne Lee bijak memanfaatkan peluang untuk memperkenalkan rekaan yang mengangkat warisan Malaysia, sekali gus mencipta nama sebagai pereka fesyen muda Malaysia di karpet merah. Batik menjadi elemen utama dalam karyanya, menjadikan setiap rekaan busananya bukan sahaja memikat mata tetapi juga sarat dengan makna. Dengan setiap jahitan, dia mencipta kisah yang mempamerkan budaya Malaysia di mata dunia.

Hasil karya pereka muda ini mampu memberi inspirasi, kepada anak-anak muda di Malaysia, untuk menungkai tapak ke peringkat antarabangsa. Ini adalah contoh sempurna bahawa "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".

wicked

Ikuti temu bual kami bersama pereka muda berbakat ini, yang berpotensi menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang.

Sebagai pelajar fesyen, bagaimana anda menguruskan projek ini dan melangsungkan pengajian anda?

Shertienne Lee: Saya bekerja keras untuk mencapai matlamat peribadi dan mengatasi trauma. Untuk mengimbangi kursus, projek, serta tanggungjawab sebagai wakil universiti dan ahli jawatankuasa kelab renang, saya menggunakan planner dan menetapkan tarikh akhir penting.

wicked

Bagaimana anda menggabungkan elemen batik dalam rekaan moden?

Elemen batik tersebut dipilih oleh Aaron dan Adeline sendiri untuk merayakan identiti Malaysia mereka. Saya terinspirasi untuk menerokai konsep penyahjajahan dalam fesyen. Saya membandingkan pakaian formal Barat dengan budaya Malaysia. Sudah tentu, saya memastikan corak batik tersebut menonjol dalam rekaan mermaid dress yang dipakai oleh Adeline, jaket puffer Aaron pula boleh dipakai secara dua hala.

Jaket puffer itu konsepnya lebih fleksibel dan saya gabungkan ia dengan kolar Cina besar yang boleh dipakai dalam pelbagai gaya. Untuk seluar Aaron, saya fokus kepada perincian halus yang serasi dengan tema batik keseluruhan.

wicked

Apakah makna fesyen bagi anda sebagai pereka fesyen asal Malaysia di pentas antarabangsa?

Bagi saya, fesyen adalah cara untuk meneroka diri, lebih-lebih lagi sekarang. Dulu, masa saya di Malaysia, saya memang suka eksperimen dengan gaya. Saya jenis yang tak suka pakai baju yang sama dua kali, jadi selalu cuba sesuatu yang baru. Fesyen bagi saya adalah ekspresi diri yang berkembang, dari aspek eksperimen gaya di Malaysia sehinggalah menghargai warisan (yang menjadi identiti saya) di London. Saya berharap karya saya dapat menginspirasikan orang untuk melihat fesyen secara bijak dan lestari.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down