Musim ini semuanya tentang apa yang anda letak di atas beg bukannya di dalam. Pengguna
aksesori tambahan di atas beg semakin menjadi trend kegilaan ramai dan boleh dilihat di
pentas peragaan jenama-jenama besar. Balenciaga misalnya memperlihatkan para
modelnya berjalan di pertunjukan musim panas/bunga 2024 dengan menjinjit beg yang
dihiasi aksesori seperti rantai dan 'charm'. Lain pula dengan Miu Miu pula menyumbat beg
mereka dengan kasut dan baju.
Tetapi trend meletakkan aksesori pada beg bukanlah baharu, pasangan kembar Olsen
pernah menggayakannya di awal era tahun 2000. Namun sejak akhir akhir ini trend ini
kembali menjadi sorotan. Antara selebriti terkenal yang dilihat turut mengikuti trend ini ialah
Anne Hathaway dan Dua Lipa. Mereka dilihat menjinjit Birkin yang sarat aksesori unik.
Trend ini turut menular di TikTok dengan pempengaruh seperti Noé Anastasia dan Jeffery
Dan dilihat memuat naik trend yang turut dikenali sebagai 'Jane Birkin Effect' ini dalam
akaun masing-masing. Tidak kisah dari mana atau daripada siapa anda ambil inspirasi, satu yang pasti trend ini kembali untuk kekal. Perkara paling terbaik tentang trend ini adalah anda tidak memerlukan beg yang mewah untuk menggayakan. Kami kongsikan gaya kesukaan kami tentang trend ini dan dimana untuk beli.
Set kasual dari OSOI
OSOI mencipta gelombang dengan rekaan mereka yang kontemporari sehinggalah
tradisional Korea. Selain menawarkan seleksi variasi beg, ia turut menawarkan aksesori
seperti Foto Eksklusif Kering. 'The ID Tote Bag' adalah paling digemari ramai. Direka dengan
cakuk untuk anda sangkut rantai kunci dan tempat penyimpan kad lutsinar untuk
mempamerkan kad atau foto.
ID Tote Bag (Light Grey), OSOI
Exclusive Photot Keyring Multi, OSOI
Gaya chrome dari Christine Project
Satu lagi jenama dari Korea iaitu Christine Project yang menawarkan rekaan beg yang luas,
versatil dan praktikal sesuai untuk mereka yang sentiasa aktif. Hadir dalam tiga warna krom,
beg ini turut menyediakan set aksesori tambahan seperti rantai kekunci , jumbai dan 'charm'
untuk memberikan efek gembira dan ceria pada beg anda.
Bag Round Belt (Silver Spoon), Christine Project
Heart Layering Bag Charm, Christine Project
Classy dengan Miu Miu
Beg kulit The Napa dari Miu Miu punya beberapa lubang dan cincin menjadikannya antara
beg paling sempurna dalam trend ini. Dwi pemegang sesuai untuk menggantung pelbagai aksesori tambahan kegemaran anda. Kelebihan beg ini adalah beberapa bahagian yang
boleh memuatkan segala keperluan harian anda.
Bag tote kulit Nappa, Miu Miu
Rantai Kunci Paloma, Balenciaga
Set versatil dari Samo Ondoh
Satu lagi beg yang menempa populariti dalam talian adalah The Pocket Mug Bag dari
jenama Samo Ondoh. Beg ini menjadi perhatian ramai kerana menawarkan e
pilihan warna seperti Nappa Black, pastel lembut, Nappa Baby Pink juga cetakan harimau
bintang. Jenama ini turut menawarkan rantai kekunci maskot mereka Tokiyom sebagai
aksesori tambahan.
Bag M Pocket Muga rona Nappa Black, Samo Ondoh
Rantai Kunci Eco Shearling, Samo Ondoh
Impak maksima dengan Balenciaga
Jika anda sukakan aksesori yang sarat, maka Rodeo Bag dari Balenciaga adalah pilihan
paling sempurna. Beg ini hadir dalam tiga size iaitu kecil, sederhana dan besar
menggunakan material kulit lembut untuk efek yang lebih bergaya. Rekaan beg jni agak
ringkas, jadi pastikan anda gunakan kesemua aksesori yang ada pada beg ini.
Rodeo Large handbag rona hitam, Balenciaga.
Raintai kunci circular charm, Viviene Westwood
Gaya retro viral dari Stand Oil
Chubby Bag dari Stand Oil menjadi tular selepas Huh Yun Jin dari kumpulan LESSERAFIM
dilihat memuat naik gambar beg ini yang didekorasi dengan riben, rantai manik dan rantai
kekunci di akaun Instagram miliknya. Keunikan beg ini adalah pemegangnya yang
berbentuk bulat dan panjang. Turut diselitkan dua poket bersaiz mini di bahagian hadapan.
Bag Chubby (Marron Combi), Strand Oil
Set of Three Pendant Keyrings, Amir Slama
Artikel asal dari ELLE Singapore.