Langgan

Trend 2025: Fesyen Maksimalis

More is more!
2 minit untuk membaca
Published: January 23, 2025
fesyen maksimalis

Di dalam dunia digital yang serba canggih ini, media sosial telah berkembang menjadi pentas utama untuk berfesyen serta mengekspresi diri. Para penggemar fesyen berlumba-lumba menonjolkan gaya yang luar biasa, mempamerkan kepelbagaian dan keunikan yang menarik. Kini, penggunaan elemen-elemen berlebihan dalam dunia fesyen telah menjadi trend yang amat digemari, melibatkan eksperimen berani dengan gabungan pelbagai unsur dan ekspresi kreatif. 

Trend maksimalis ini jelas berbeza dengan prinsip minimalis yang sering menekankan konsep kesederhanaan (less is more). Sebaliknya, fesyen maksimalis mengangkat prinsip 'more is more', memberikan kebebasan untuk mencampuradukkan pelbagai elemen bagi mencari gaya yang paling sesuai. Tanpa ragu, trend ini mungkin antara fesyen yang paling menyeronokkan untuk dicuba!

Elemen Utama Fesyen Maksimalis

1. Rona berani

Palet warna dalam fesyen maksimalis tidak mengenal erti kesederhanaan. Pemilihan rona-rona yang terang dan bold sangat penting untuk menarik perhatian. Antara warna yang sering digunakan ialah merah, kuning, burgundy, fuchsia, biru kehijauan dan banyak lagi!

2. Corak yang menghidupkan visual

Permainan corak dalam fesyen maksimalis mencipta harmoni dalam kekacauan. Gabungan cetakan flora, geometri, abstrak dan haiwan sering digabungkan dalam satu penampilan. Sebagai contoh, jaket bercorak zebra hitam-putih dipadankan dengan skirt maxi bermotif bunga yang berwarna-warni.

3. Permainan tekstur dan pakaian berlapis

Trend maksimalis turut mengutamakan gabungan fabrik dan tekstur yang berlapis seperti satin, baldu, kulit, renda dan sequins. Tekstur-tektur ini boleh disatukan dalam satu gaya untuk mencipta dimensi dan kontras yang menarik. 

4. Aksesori menonjol

Aksesori adalah elemen wajib dalam fesyen maksimalis! Ia berbentuk unik, besar, dramatik hingga mampu mencolok mata. Perhiasan chunky, anting-anting statement, topi berbulu atau beg tangan bersaiz besar adalah antara aksesori yang dramatik. Elemen-elemen unik ini meningkatkan keseluruhan gaya.

Inspirasi Fesyen Maksimalis

1. Rafidah Ghazali

rafidah
Gambar: Instagram/ @rafidaaaaaaaah

2. Cabi

cabi
Gambar: Instagram/ @cabibibi

3. Mira Abdul Rahman

fesyen maksimalis
Gambar: Instagram/ @miraabdulrahman

4. Leeloo Larcombe

lee loo
Gambar: Instagram/ @lawcombe
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down