Lapangan terbang bukan sekadar tempat persinggahan menuju destinasi seterusnya, kini ia menjadi platform fesyen spontan seolah-olah berada di pentas ‘runway’. Tanpa mengira destinasi, setiap item pilihan mereka menjadi inspirasi yang mencetuskan trend baharu serta menarik perhatian peminat mereka dan para pecinta fesyen di seluruh dunia. Mari kita lihat bagaimana selebriti-selebriti ini menghadirkan diri ketika di lapangan terbang.
Rain
Rain, duta Fendi dirakam di Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan bagi acara Pembukaan Butik Fendi di Taiwan Diamond Towers. Rain memakai jaket kelabu kashmir serta seluar serasi, bersama dengan sweater hijau gelap. Rain memilih aksesori topi korduroi biru, beg hitam Selleria Soft Baguette Trunk, cincin dan rantai perak Baguette serta kasut Fendi Mad Sneakers dari koleksi Fendi musim luruh / sejuk 2024.
Bright
Bright Vachirawit, penyanyi dan pelakon Thailand dilihat berada di lapangan terbang bagi menghadiri pertunjukan Burberry musim bunga / panas 2025. Bright mengenakan jaket Striped Overshirt Burberry dengan logo Equestrian Knight Design (EKD) pada poket hadapan, dipadankan dengan seluar wol dan kasut Checked Terrace Lace-Up. Bagi melengkapi gayanya, Bright menyandang beg Trench Tote dari Burberry.
Prim
Chanikan Tangkabodee, lebih dikenali sebagai Prim, hadir dengan rekaan Miu Miu dari atas hingga bawah di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi untuk ke pop-up Miu Balmoral di Hong Kong. Prim memilih jaket Garment-dyed Denim Blouson, seluar pendek Bull Denim Bermuda dan beg Arcadie Padded Suede Top-Handle dari Miu Miu. Beg dengan hiasan charms (baca: trend terkini) menjadi titik fokus penampilannya!
Jisoo
Duta Dior untuk fesyen dan kecantikkan, Jisoo, tampil dengan rekaan Dior di lapangan terbang ketika dalam perjalanan ke Paris bagi menghadiri pertunjukan Dior Ready-To-Wear musim bunga / panas 2025. Jisoo menyarung jaket hitam Cropped Double-Sided Virgin Wool Boucle Dior, bersama aksesori beg 30 Montaigne Avenue Top Handle dan boot tinggi paras lutut D-Town.
Apo Nattawin Wattanagitiphat
Apo Nattawin Wattanagitiphat, duta Dior dan selebriti Thailand turut berada di lapangan terbang bagi menghadiri pertunjukan Dior Ready-To-Wear musim bunga / panas 2025 di Paris. Apo menyandang beg Dior Maxicannage Camera Bag yang terbaharu, jaket Suede Lambskin Dior, seluar Lambskin Christian Dior Couture dan kasut Dior Gravity Leather B27.