Langgan

The Fashion Month Is Here! Memotretkan Ikon 'O.G', Paper Gaya-Gaya Musim Bunga/Panas 2025

'Emot-IKON!' - Lembaran fesyen Mac mendukung tinggi dunia fesyen dan ikon.
2 minit untuk membaca
Published: March 30, 2025

Emot-IKON! Penggalan cetusan rasa, pelbagai gaya. Si original ikon, Merlissa Zainal terbawakan gaya-gaya segar musim bunga/panas 2025!

Seiring sejalan dengan bulan Mac - yakni bulan fesyen musim bunga/panas 2025 dan meraikan IKON - ELLE Malaysia memotretkan supermodel Malaysia berwajah eksotik, Merlissa Zainal dalam aturan lembaran fesyen yang mendefinisikan kekinian... daripada Chanel sehinggalah Balenciaga.

ikon

Jalinan Sentuh
Tonjol keberanian menerusi jalinan pola badan pakaian. Melucuti sifat tradisional.

Dress daripada MSGM. Subang telinga dan rantai daripada CHOPARD

ikon

Trompe-l'œil!
Ilusi visual melengkapi imej tiga dimensi. Integrasi material lembut dan keras, menterjemahkan kemodenan gaya.

Dress, korset dan kasut daripada BALENCIAGA

ikon

Spektrum Lembut
Pesona feminin melakarkan imej soft power musim ini, mencemerlangkan kualiti distingtif.

Blaus, coker, kerongsang dan skirt daripada CHANEL

ikon

Drama Anomali
Menyimpang daripada kebiasaan, tampil eksentrik musim ini. Mengapa tidak?

Dress daripada MOSCHINO. Kasut milik penata gaya

ikon

Pattern Magic
Nilai kepelbagaian dalam suatu pola pakaian menjadi garapan dan mengungkapkan kreativiti.

Dress daripada FERRAGAMO. Subang telinga dan rantai daripada CHOPARD

Looking Sharp
Musim ini adalah pasca-pengkhiran sesuatu yang formal? Mungkin. Gaya formal tak lagi terkunci dalam lingkungan lazim.

Blazer, seluar, tali pinggang, beg tangan, gelang tangan, subang telinga dan coker daripada DIOR

Corporate Sleaze
Kasual bisnes adalah kata kunci gayanya, yang tidak lagi perlu patuh pada sesuatu yang konformis.

Kemeja dan skirt daripada FENDI. Kasut daripada CELINE

Spring Fling
Ropol-ropol melewati musim bunga, sehingga ke musim panas. Ronanya lembut, menjanjikan kemesraan gaya.

Blaus daripada CHLOE. Subang telinga, rantai dan cincin daripada CHOPARD

Lepas Bebas
Loungewear goes far beyond. Wanita ultra-moden pintar dalam bab make everything looks cool now.

Kemeja, seluar, kasut, topi, gelang tangan, subang telinga dan rantai daripada CELINE

Kreasi Sempurna
Tiada apa yang mampu menyaingi, malah menyangkal sebuah kreasi yang mendefinisikan makna ikonik.

Subang telinga, rantai dan cincin daripada CHOPARD

Gemerlap Kejora
Dress penuh kemilau mengusik pandangan, mendorong rasa glamor yang kuat musim ini.

Dress daripada DOLCE & GABBANA. Kasut milik penata gaya. Subang telinga, rantai dan cincin daripada CHOPARD

Purna Bentuk
‘Bercanda’ dengan bentuk, jukstaposisi lagaan rekaan tak berharmoni pamer keunikan!

Kemeja, seluar dan beg tangan daripada BOTTEGA VENETA

Sinkronisasi Gerakan
Apakah pesanan yang terkandung dalam trend musim ini? Aspek kontra tidak lagi kontra. Ia sealiran senada.

Jaket dan skirt daripada TORY BURCH. Rantai daripada CHOPARD

Apresiasi Seni Bina
Rekaan berstruktur, meminjam architectural shapes menguji sifat elegan suatu siluet.

Dress, seluar dan kasut daripada LOUIS VUITTON

Garisan Ofsaid
Rekaan sporty bertukar perspektif, jadi maksima dengan penggayaan kontra.

Sports bra, baju panas dan skirt daripada MIU MIU

Pengarang Pengurusan & Penataan Gaya : Ardi Idewani | Pembantu Penyelaras : Athirah Zahra & Nurhani Natasha | Arahan Seni : Iera Nadzlim | Fotografi : Chuan Looi | Solekan : Sahir Sabri | Dandanan : Cody Chua | Dibantu oleh : Wayne | Model : Melissa Zainal

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down