Langgan

Temu Bual Dengan Anya Hindmarch, Dekati Kolaborasi Bersama UNIQLO

UNIQLO x ANYA HINDMARCH musim bunga/panas 2025 sudah mula tersedia di pasaran!
3 minit untuk membaca
Published: May 30, 2025

Menyeberangi perjalanan dari buana Inggeris ke Jepun. Petualangan yang sudah bertanda kali kedua kerjasama, mengkhabarkan perpaduan ini amat digemari. Melangsungkan kerjasama yang mula diperkenalkan untuk himpunan musim luruh/dingin 2024, kali ini untuk musim bunga/panas 2025, UNIQLO x ANYA HINDMARCH meneguhkan langkah – menampilkan pula rangkaian ‘T-SHIRT SHOP’. 

Anya Hindmarch

UNIQLO x ANYA HINDMARCH musim bunga/panas 2025 mengamati seni kemeja T serta pakaian asas. Umpama kebangkitan semangat normcore. Ringkas dan membelah kompleksiti, rangkaian musim ini mengadaptasikan konsep yang mencetus rasa gembira pada wardrobe essentials. Tersisip elemen jenaka dan butiran tambahan yang seturut dengan suntikan kebaharuan helaian asas. Kefungsian dan keselesaan dikahwinkan dengan sedikit perca personaliti Anya Hindmarch – yakni jahitan motif mata yang sinonim dengan jenamanya.

Anya Hindmarch

Kami bual sejenak dengan Anya Hindmarch, untuk mendalami akal budinya dalam menghasilkan kolaborasi bersama UNIQLO ini.

Sumber inspirasi anda musim ini?

Saya sememangnya adalah peminat nombor satu jenama UNIQLO. Malah kelima-lima anak saya senantiasa menggayakan UNIQLO. Makanya, saya faham teras UNIQLO. Jadi saya merancang untuk tidak mengubah jenama UNIQLO 180 darjah, kerana pelanggan-pelanggannya sudah memperayai jenamanya.

Saya menetapkan keputusan untuk memfokuskan kepada apakah pencapaian UNIQLO. Saya bercadang untuk bermain dengan aspek deconstruction, cuba menambah perincian-perincian penting untuk mengemaskan bahagain hujung lipat baju serta seluar. They’re just fun little bits. 

Ceritakan sedikit obsesi kemeja T anda.

Himpunan kemeja T jarang sekali diperkatakan. Namun, kemeja T adalah antara helaian yang amat penting untuk dipilih dengan betul. Kemeja T yang dipakai bersama jaket berbeza dengan kemeja T yang dipakai untuk bersenam, tidak sama dengan kemeja T untuk tidur atau yang dipakai sebagai stand-alone. Anda tahu tak, kemeja T yang dipakai untuk layering dipilih berdasarkan ketebalan yang berbeza. Oleh itu, saya meneliti aspek kemeja T ini dan cuba menghasilkan satu himpunan yang cukup sempurna untuk dimiliki oleh semua orang. Dan kerana UNIQLO sangat hebat dalam hal-hal penghasilan pakaian asas sebegitu. 

Anya Hindmarch

Setiap apa yang menjadi sentuhan anda membabitkan pengaturan sistem yang memainkan peranan penting. Apakah anda sengaja menambah hal ini dalam alam semesta ANYA?

Ya, saya taasub dengan pengurusan dan organisasi. Kami ada satu himpunan khas yang dikhususukan untuk pelabelan. Ia bermula daripada satu kesedaran bahawa saya seorang wanita yang sangat sibuk bekerja dan banyak travelling. Memiliki lima orang anak lagi. Makanya, menjadi teratur itu memudahkan pengurusan hidup. Ia membuatkan saya untuk mengawal keadaan dan ia adalah satu perasaan yang menyenangkan. 

Menyentuh tentang penataan atau pemakaian kemeja T ini, bagaimana anda melihat penggayaan setiap kemeja T UNIQLO x ANYA HINDMARCH?

BOXY adalah julukan buat kemeja T stand alone – yang mudah digayakan bersama jean atau skirt. Lapiskan bersama jaket mahupun baju panas, namun bisa juga digayakan on its own. Ia tidak begitu longgar, tetapi ia juga tidak melekap pada tubuh. CLASSIC pula sedikit nipis, ringan tetapi permukaannya tidaklah lutsinar. Material CLASSIC adalah kapas, teramat lembut dan lengannya sedikit pendek. Ia juga tidak melekap pada tubuh dan sesuai untuk penggayaan layerings. Kemeja T ini juga boleh dikatakan bodycon dan potongan lehernya rendah. Sesuai untuk dipakai ketika tidur atau untuk bersenam. 

Dalam rangkaian ini juga ada SLEEVELESS yang tidak begitu ketat. Potongannya normal, namun tidak sama dengan BOXY. Bayangkan penggayaan SLEEVELESS ini dengan sepasang jaket dan tidak menyebabkan lengan baju rasa seperti berkedut. Pakai on its own atau dipadankan dengan seluar berpinggang tinggi. Akhir sekali adalah TANK, yakni kemeja T bertesktur rib. Potogannya mengikut bentuk tubuh dan mempunyai potongan racerback serta potongan leher yang cantik. Nampak elok bila tucked in dalam jean, stand aloneatau dilapiskan dengan ceraian lain. 

Anya Hindmarch

Deconstruction adalah tema himpunan kolaborasi anda bersama UNIQLO. Apakah maknanya buat anda dan mengapa ianya penting?

Ketika say amula berkolaborasi dengan UNIQLO yang tidak pernah mengabaikan identiti Jepun, saya menghabiskan banyak masa di negara matahari terbit tersebut. Saya sangat menyukai Jepun danacapkali memikirkan aspek deconstruction, secara automatiknya akan terkait dengan Jepun – cara mereka mengkaji sesuatu pendekatan dengan cara yang berbentuk akademik, membongkarnya dan menyusunnya semula. Jadi daripada situlah saya memulakan idea rekaan. Gambarannya ringkas, namun binaannya begitu teliti. 

Apakah memori yang membekas dalam ingatan sewaktu anda memunculkan idea motif ikon mata itu?

Ia muncul daripada pasukan rekaan saya. Kami mengadakan tea party di majlis hari jadi seseorang dan tidak silap saya, ada orang meletakkan motif mata itu pada periuk. Kemudiannya, ada yang mengalih mata tersebut di atas kerusi dan pada bekas biskut. The eyes just started animating everything in the studio. It stuck. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down