Langgan

Sweat-Tested: ELLE Menguji Koleksi UNIQLO Sport Utility Wear SS25 Melalui Senaman Pilates

ELLE menguji sama ada Koleksi Sport Utility Wear UNIQLO benar-benar mampu bertahan — regangan, peluh dan keselesaan!
1 minit untuk membaca
Published: April 29, 2025

UNIQLO membawa gaya, inovasi dan tenaga ke ruang senaman menerusi pelancaran Koleksi Sport Utility Wear (SUW) Musim Bunga/Panas 2025 di Chase, Alfa Bangsar minggu lalu. Direka khas untuk anda yang menjalani gaya hidup aktif, koleksi ini menyatukan keselesaan berprestasi tinggi dengan gaya harian yang versatil dan bergaya untuk mengikuti rentak hidup moden.

Koleksi terbaharu ini menampilkan empat rangkaian utama—AIRismDRY-EXUltra Stretch, dan Perlindungan UV yang dilengkapi dengan teknologi fabrik terkini yang menekankan keselesaan pergerakan, kawalan peluh, keanjalan dan perlindungan matahari. Sama ada anda sedang bersenam atau sekadar keluar membeli-belah, SUW direka untuk bergerak bersama anda.

ELLE dijemput untuk menguji sendiri melalui pengalaman pilates eksklusif yang menampilkan tiga sesi Pilates workouts: Reformer, Spin, dan Mat Pilates.

Sweat-Tested in Style

Di sesi Pilates: Reformer, UNIQLO memberi peluang kepada tetamu yang hadir untuk mencuba koleksi sukan daripada rangkaian AIRism. Dengan fabrik berfiber ultra nipis dapat menyerap peluh dan menyejukkan tubuh untuk memastikan keselesaan dan kekeringan walaupun semasa sesi latihan yang intensif.

Sementara itu, di kelas Spin Pilates memberi peluang untuk mencuba koleksi DRY-EX. Koleksi yang menggunakan fabrik pintar ini bukan sahaja cepat menyerap peluh dan cepat kering, malah membantu untuk mengelakkan bau badan menjadikannya ideal untuk senaman berat dan cuaca yang berubah-ubah.

Rangkaian Ultra Stretch menjadi pilihan utama untuk mereka yang mengutamakan fleksibiliti sempurna untuk senaman jenis Mat Pilates. Dengan item seperti sports bra dan seluar jogger fabrik ini dapat memberi sokongan yang selesa dan membolehkan pergerakan bebas sepanjang sesi regangan dan postur.

Rangkaian Perlindungan UV seperti parka, kardigan, dan seluar track sesuai untuk aktiviti luar atau masa bersantai selepas bersenam.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down