Menyatukan unsur-unsur halus yang terjalin, membentuk struktur pada kain. Walaupun lembut, jalinannya membentuk pelbagai rupa tekstur yang kukuh. Begitu juga wanita, dalam kelembutannya, lahir kekuatan yang membara.
Dihasilkan istimewa oleh wanita, untuk wanita.
Ini bukan sekadar lembaran fesyen biasa. Ini adalah suara bagi wanita, satu simbol revolusi. Diterajui sepenuhnya oleh wanita, daripada arahan seni, penataan gaya, fotografi, solekan hinggalah ke dandanan – dengan sokongan daripada tenaga lelaki di belakang. Ini adalah momen di mana wanita tampil sebagai penggerak utama, membuktikan keupayaan dan kuasa sebenar wanita dalam dunia moden.
Lekuk Linear

Garisan lurus pada tekstur sut berpadu indah dengan kilauan perak, menyulam sifat maskulin dalam keanggunan wanita.
Sut daripada MAX MARA. Jam tangan automatik LONGINES Conquest 30mm. Kaca mata daripada GENTLE MONSTER. Kasut balerina daripada CHRISTIAN LOUBOUTIN. Rantai milik penata gaya.
Estetika Eksotik

Tekstur kulit ular yang menggoda, penuh rahsia, mampu memikat setiap mata yang memandang.
Baju dan mini skirt daripada ALLSAINTS. Subang, rantai, gelang dan cincin, kesemuanya daripada PANDORA.
Plug-In

Apalah ertinya musim panas jika bukan dengan rona ceria dan corak trendy musim ini? Aura segar yang menyambungkan semangat positif!
Jaket kardigan dan seluar daripada MAISON KITSUNÉ. Jam tangan OMEGA Seamaster Railmaster 38mm, Brown Dial on Leather Strap. Kaca mata daripada GENTLE MONSTER. Subang milik penata gaya.
Give Me More!

Sporty maksimalis? Mengapa tidak. Tambah lagi dengan perincian lengan kait untuk lebih drama!
Baju-T dan skirt daripada ADIDAS. Kasut tumit tinggi daripada CHRISTIAN LOUBOUTIN. Subang, gelang, cincin, sarung tangan dan stoking milik penata gaya.
Paper Cuts

Lembut, namun tajam. Sama seperti padanan jaket kulit bubble bersama ropol.
Dress dan jaket daripada SANDRO. Stoking daripada ONITSUKA TIGER. Kasut daripada ALLSAINTS. Subang dan rantai milik penata gaya.
To The Future!

Pilihan denim yang padat dengan benang menyulam kekuatan dan ketahanan, seolah-olah berupaya dibawa hingga ke horizon masa hadapan.
Jaket, seluar mini dan kasut but daripada BALENCIAGA. Kaca mata daripada GENTLE MONSTER.
Killa Moves

Apabila struktur utility bertemu alunan pleated, maka terhasillah pergerakan indah, sempurna untuk menawan satu dunia.
Kemeja dan skirt daripada CLUB21 Malaysia – SACAI. Beg daripada CLUB21 Malaysia – ALAÏA. Jam tangan automatik MIDO Multifort 8 Two Crowns 40mm Swiss. Kaca mata daripada GENTLE MONSTER. Kasut daripada SANDRO.
Mode Romantik

Lembaran renda menyuntik aura anggun dan sifat feminin setiap wanita, apatah lagi dalam rona lembut. Klasik, namun penuh pesona.
Dress dan stoking daripada ONITSUKA TIGER. Subang, rantai, gelang dan cincin, kesemuanya daripada PANDORA. Kasut tumit tinggi daripada CHRISTIAN LOUBOUTIN.
Peek-a-Boo

Hasil kekosongan di antara jahitan pada permukaan rajutan longgar mencipta corak memikat, sambil mendedehkan lapisan fabrik yang tersembunyi di bawahnya.
Sut, baju, skirt dan kasut tumit tinggi, kesemuanya daripada H&M STUDIO. Subang milik penata gaya.
Spektrum Monokrom

Denim, wool dan organza. Tiga fabrik berbeza dalam rona kelabu yang bergabung dengan harmoni, mencipta pertembungan tekstur yang penuh sofistikasi.
Dress dan seluar daripada MAJE. Sandal daripada H&M STUDIO. Subang dan rantai milik penata gaya.
Penyelaras & Penataan Gaya: Athirah Zahra Arahan seni: Iera Nadzlim Pembantu Penataan Gaya: Nurhani Natasha dan Hafizan Mohd Fotografi: Roanne Woo dibantu oleh Joe Ng Solekan: Juju Icesan Dandanan: Fiona Lokasi: Universiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute (UniKL MIDI)