Langgan

Raya Extravaganza: Seleksi Best Dressed di Rumah Terbuka ELLE-difitri 2025

Pick your favourite look!
2 minit untuk membaca
Published: April 17, 2025

ELLE Malaysia menyambut Syawal 2025 dengan gah dengan sebuah majlis rumah terbuka yang bertemakan Raya Extravaganza! Malam penuh gaya ini menyaksikan seleksi busana dan rekaan yang memukau dari selebriti dan influencer terkenal menjadikan majlis itu seperti peragaan fesyen yang tidak dapat dilupakan. Jom intai gaya-gaya menawan dari mereka yang mencuri perhatian!

Mira Filzah

Tampil memukau dengan busana yang begitu elegan dan mempersona. Mengenakan persalinan dari Shawl Publika x Seth and Luna koleksi raya 2025 yang tampak mewah, penampilannya menyerlahkan aura eksklusif dan kelembutan dalam satu gaya yang moden dan sopan.

Khainina Khalil

Cantik Khainina Khalil menggayakan busana putih yang sopan dan anggun, membuatkan penampilannya menyerlah dengan padanan kain bengkung merah yang memberi elemen budaya klasik!

Mimi Fly

Menggayakan busana songket berwarna maroon, dipadankan dengan stail rambut unik serta aksesori klasik membuatkan penampilan Mimi Fly jelas mencuri tumpuan dengan aura etnik yang edgy dan penuh karakter.

Fyza Kadir

Menyerlah dengan busana moden yang penuh dengan elemen mewah dari ArunSayfullDesiree, Fyza Kadir memadankan potongan feminin dan dilengkapkan dengan aksesori elegan dan solekan flawless yang menaikkan lagi seri mukanya — truly timeless and classy!

Azira Shafinaz

Azira Shafinaz tampil manis dan memukau dalam rona merah jambu rekaan dari InnaiCo! Penampilan Azira memancarkan aura feminin yang anggun dan penuh kelembutan. Potongan yang kemas dan elegan menyerlahkan siluetnya dan tampak lebih classy!

Eyka Farhana & Akhyar Rashid

Comelnya pasangan ini! Eyka Farhana kelihatan anggun dalam busana satin hijau emerald dengan perincian emas yang mewah di bahagian dada. Akhyar pula tampil kemas dan tradisional dalam baju Melayu moden berwarna krim, dipadankan dengan sampin bercorak lembut.

Scha Alyahya & Awal Ashaari

Fesyen couple! Scha Alyahya kelihatan sangat elegan dalam baju kurung kuning keemasan, digayakan dengan selendang songket panjang dan Awal Ashaari bergaya klasik dalam busana tradisional serba hitam dengan sentuhan edgy melalui cermin matanya yang dramatik!

Sherry Alhadad

Best dressed winner (female), Sherry Alhadad memberi wow factor dalam busana hitam berpotongan dramatik dari Behati dengan lengan lebar yang elegan! Sentuhan aksesori kepala keemasan dan rantai dokoh menaikkan lagi stailnya yang bold, anggun dan penuh karakter!

Yasmin Aziz

Moden dan minimalis! Yasmin Aziz mengenakan dress hitam berpotongan fit yang dihiasi perincian halus. Cape putih beralun menambah sentuhan dramatik, seimbang dengan gaya rambut slick, ringkas tapi penuh gaya.

Yasmin Hani & Sazzy Falak

Dua bestie yang always ons in fashion! Sazzy Falak bergaya manis dengan kaftan bercorak floral lembut dan moden. Manakala, Yasmin Hani pula, tampil berani dalam dress berwarna fushia dengan lengan puff, menambah sentuhan glam dan konfiden! Kedua-dua mereka memperagakan busana dari Larney.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down