Baru-baru ini, pelakon Daisy Edgar-Jones mencuri perhatian ketika berjalan London dengan mengenakan baju hujan kasual yang dipadankan bersama seluar lebar berpotongan kemas daripada jenama British terkenal ME+EM. Kebelakangan ini, Daisy sering dilihat tampil fresh di pelbagai acara glamor, seiring dengan pelancaran filem terbarunya 'Twisters' serta peranannya di pentas teater menerusi 'Cat On a Hot Tin Roof'. Namun, gaya off-duty yang ringkas tetapi sophisticated ini sekali lagi mengukuhkan daya tarikan ME+EM, sebuah jenama yang mencatatkan lonjakan populariti luar biasa tahun lalu.
Diasaskan oleh Clare Hornby pada tahun 2009, jenama ini dikenali kerana mengutamakan pakaian yang bukan sahaja praktikal tetapi bergaya, direka khusus untuk wanita bekerja yang sentiasa sibuk. Dengan fokus pada kualiti dan keselesaan, jenama ini telah membina reputasi dengan menggabungkan elemen high street dan luxury fashion dalam setiap rekaan.
Jenama ini mendapat perhatian besar tahun lalu apabila Lady Victoria Starmer tampil anggun mengenakan gaun midi crepe merah daripada ME+EM semasa memasuki kediaman rasmi Perdana Menteri Britain, Number 10 Downing Street, yang menyumbang kepada lonjakan trafik laman web sebanyak 300 peratus. Bahkan, Princess of Wales sendiri beberapa kali memilih ME+EM untuk pelbagai acara rasmi diraja, mengukuhkan lagi daya tarikan jenama ini di kalangan elit.
Kali ini, jenama ini menarik perhatian audiens baharu apabila Daisy melengkapkan penampilannya dengan tali pinggang berlogo Gucci, beg bahu yang chic dan loafer platform, salah satu pilihan kegemarannya. Di bawah baju hujan itu, dia tampil santai dengan tank top putih yang sederhana namun tetap elegan.
Berikut, lima lagi stail effortlessly cool Daisy.
Gaya klasik Denim on Denim
The Little Black Dress
Pilihan Bohemian
Sut Berpotongan Kemas
Sentuhan Rugged
Artikel ini telah diolah daripada versi asal ELLE UK.