Cannes Film Festival edisi yang ke 79 sekali lagi mengubah La Croisette menjadi pentas fesyen. Daripada busana seakan arca ke persalinan minimalis tapi elegan, karpet merah tahun ini membuktikan yang Cannes kekal sebagai pentas terbaik untuk menggayakan stail cinematic.
1. Demi Moore
Demi Moore menjadi contoh masterclass penggayaan di Cannes Film Festival. Pelakon filem 'The Substance' ini menggayakan empat persalinan Gucci yang terdiri daripada tiga custom look dan satu persalinan yang baru sahaja dipersembahkan pada pertunjukkan Gucci Cruise 2027 sabtu lepas. Bukan itu sahaja, Demi Moore juga meyarung persalinan Nina Ricci bersama dua helaian daripada Jacquemus. Persalinan hot pink Matières Fécales yang dipakai juga menjadi antara yang cukup memukau pandangan.
2. Chloé Zhao
Selain pelakon, pengarah filem, Chloé Zhao juga menarik perhatian ramai. Dinamakan sebagai salah seorang juri bagi pertandingan, pengarah ini tampil di acara karpet merah dengan menyarung pelbagai rekaan pereka fesyen ternama termasuk Prada dan Hermés. Antara persalinan yang menyerlah adalah adibusana daripada Schiaparelli yang diinspirasikan daripada ikan buntal. Chloé Zhao juga dilaporkan menyarung rekaan Gabriela Hearst bagi tiga acara yang berbeza.
3. Taylor Russell
Tak ramai bintang yang boleh tampil bergaya di Cannes secara effortless seperti Taylor Russell. Kehadirannya di tayangan filem 'Hope' dalam persalinan gaun bustle Dior putih bersama choker dan anting-anting daripada Chaumet, menggambarkan gaya klasik dan elegan tapi masih segar dan moden. Persalinan Schiaparelli di photocall bagi filem 'Hope' juga mencuri perhatian. Gaun satin spiral pleated bewarna hitam itu menampilkan figura Taylor Russell dengan potongan ketatnya.
4. Bella Hadid
Penampilan Bella Hadid memakai dress silver-grey strapless yang berperincian kristal menjadi momen paling penting di festival kali ini. Persalinan tersebut dipadankan dengan anting-anting Chopard yang berkilauan. Cukup glamor dan diteruskan pada penampilannya menyarung dress rekaan Elie Saab daripada koleksi Musim Luruh/Dingin 2004.
5. Halsey
Halsey membawa gaya edgy yang cukup kompleks di karpet merah Cannes tahun ini. Persalinan Ann Demeulemeester di tayangan 'Her Private Hell', gaun jarang yang digayakan bersama bodysuit hitam, bermain di sekeliling dresscode "no sheer dress" bagi festival itu. Penggayaan persalinan Vivienne Westwood oleh Andreas Kronthaler, juga meneruskan gaya edgy ini. Selain dua pereka fesyen ini, Halsey juga dilihat memakai persalinan daripada Chanel oleh Karl Lagerfeld dan Des Phemmes.
6. Cate Blanchett
Cate Blanchett sekali lagi membuktikan statusnya sebagai seorang ikon fesyen. Pemenang Oscar dua kali ini, menggayakan rekaan khas Louis Vuitton yang diinspirasikan daripada helaian koleksi Musim Luruh/Dingin 2026. Kolar pada gaun yang seakan-akan rekaan era Elizabeth menjadi satu tribute pada wataknya sebagai Ratu Elizabeth I. Cate Blanchett juga menyarung dress halter dan backless daripada koleksi Musim Luruh/Dingin Givenchy pada tayangan 'Garance'.
7. Barbara Palvin
Barbara Palvin mencipta naratif fesyen paling menarik di Cannes 2026 apabila hadir bersama Dylan Sprouse sambil membuat menampilkan baby bump mereka buat pertama kali di khalayak ramai. Sepanjang festival, model berasal Hungary ini hadir dengan penampilan materniti yang romantik tapi moden. Bermula dengan gaun chiffon biru lembut custom Miu Miu, diikuti rekaan adibusana cukup dramatik Willy Chavarria berona merah jambu. Tidak hanya di situ, gaun beige daripada Ella Mae dengan perincian riben burgundy dan juga persalinan Karl Lagerfeld yang lebih minimal melalui padanan kemeja putih oversized bersama skirt hitam dramatik turut menjadi perhatian
























