Langgan

Seleksi Editor : 5 Item Terhangat Musim Ini & Mesti Milik

Seleksi Editor, team ELLE Malaysia memilih lima item sempena musim perayaan Krismas!
2 minit untuk membaca
Published: December 25, 2024

Mengkhabarkan kegirangan, memahat momen fesyen indah! Himpunan musim hujung tahun atau musim percutian Krismas menandai penyudah acara, lantas siap siaga untuk nadi tahun baru. Sebelum menginjak ke alam tahun 2025, ELLE Malaysia menyenaraikan seleksi editor : lima item prima musim hujung tahun mesti milik kali ini. Daripada aksesori beg tangan, ke bandeau comel sehinggalah hellion skirt floral, ini antara yang menjadi pilihan ELLE.

  • Seleksi Editor : Delvaux Le Caprice
seleksi editor

    Bentuk unik trapezoidal, rekaannya sensual dan dilengkapi pemegang loyang. Citra architectural pada beg tangan Delvaux Le Caprice mempesonakan pandangan. Rekaannya elok disempurnakan elemen kontra perincian kulit anak lembu, membentuk rupanya. Delvaux Le Caprice menjelmakan keunikan serta keberanian gaya yang di luar jangkaan, lantas mengukuhkan kecantikannya. 

    • Seleksi Editor : Bandeau Xmas Vivienne BB Louis Vuitton
    seleksi editor

    Menerokai alam art of gifting bersama Louis Vuitton! Rangkaian koleksi Vivienne Holidays daripada Louis Vuitton memperkenalkan kita pada maskotnya yang bercanda riang dalam perayaan Krismas. Louis Vuitton ‘memotret’ detik itu sebagai motif dalam bandeau sutera Xmas Vivienne BB, yang dilengkapi lagi signature corak Monogram Flowers serta Monogram klasik. 

    • Seleksi Editor : Skirt Midi Painterly Blooms kate spade new york
    seleksi editor

    Keterserlahan riang ria jelas terlihat menerusi himpunan musim Holiday kate spade new york kali ini. Mendorong kate spade new york melanjutkan tema tersebut pada skirt midi Painterly Blooms yang merayakan flora-flora mekar musim dingin, sebagai cetakan utamanya. 

    • Seleksi Editor : V2025 Patent Mules Versace
    seleksi editor

    Memestakan magis musim perayaan yang penuh kegembiraan dengan kasut tumit tinggi V2025 Patent Mules daripada Versace, merancakkan gaya agar tampil lebih anggun dan merantai perhatian umum. Diserikan lagi oleh perincian distingtif tumit tinggi berbentuk huruf V, yang menterjemahkan logo Versce.

    • Seleksi Editor : Sarung Tangan Miu Miu 

    Ekspresi gaya musim dingin lebih unik seandainya padanan lengkap, yakni memberi perhatian pada hujung kaki ke hujung kepala. Sudah tentu, menggayakan sarung tangan daripada Miu Miu umpama beriringan dengan atmosfera yang menyuasanai dingin. Menambah tenaga pada penampilan, menerbitkan kelainan rupa si serikandi fesyen.

    Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
    LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
    Subscription Form
    magnifiercrosschevron-down