It's sandal SZN, girlies! Ucapkan selamat tinggal kepada koleksi muram musim luruh/sejuk, kerana tibanya koleksi yang menyambut keriangan cahaya matahari, dengan pelbagai pilihan sandał untuk anda pilih. Sama ada stail strappy, slingback ataupun slip-on, pastinya ada untuk apa jua selera fesyen anda.
ZARA, SANDAL STRAPPY DENGAN PERINCIAN METAL EMAS
Walaupun rekaan sandal ini minimal, namun perincian emas toe-ring menyuntik elemen elegan untuk digayakan bersama outfit harian anda.
MANGO, SANDAL SLIP-ON MATERIAL KULIT
Sandal jenis ini bukan sahaja selesa, malah chic dan menariknya mudah untuk anda padu padankan bersama apa jua jenis stail pakaian.
COS, SANDAL STRAP MATERIAL BALDU
Basic tak bermakna boring. Sandal strap berikan keseluruhan gaya anda tampak effortless tapi penuh gaya!
MASSIMO DUTTI, SANDAL STRAP MATERIAL KULIT EKSOTIK
Untuk penggemar fesyen yang berani bergaya, sandal kulit eksotik tampak lebih trendy serta block heels yang rendah jadikan ia selesa untuk dipakai sepanjang hari.
Kredit foto utama: Instagram @lunaisabellaa