Langgan

Saint Laurent Cungkil Fragmen Masa Dalam Cereka Fesyen Baru Bersama Addison Rae, Cooper Koch

Saint Laurent menghasilkan cereka fesyen terbaru, inspirasi daripada karya Marcel Proust
2 minit untuk membaca
Published: November 28, 2024

Addison Rae, Cooper Koch dan Chloe Sevigny menerajui cereka baharu SAINT LAURENT PARIS, mencerminkan visual Anthony Vaccarello. Menyelongkar semula masa lampau, membingkaikan apa yang terpendap dalam jiwa kala zaman kanak-kanak dan bersemi ke pengalaman mendewasa di kalangan masyarakat atasan Perancis. Lebih satu dasawarsa beliau mencorakkan novel ini, sehinggalah ke akhir hayatnya. Sekadarkan menjadikan dirinya watak utama. Umpama satu alegori untuk dibicarakan kepada pembaca fasal kehidupannya. 

Addison rae

Inilah yang dikaryakan oleh novelis dan pengkritik sastera, Marcel Proust dalam bukunya, ‘In Search of Lost Time’. Perca-perca masa yang pudar dari waktu kecil ke dewasa ini memesrai sukma Yves Saint Laurent, menginspirasikan dirinya dan ia sepertikan ‘ruang’ untuk dia melepaskan fantasi. Berbantukan karya novel ini, Anthony Vaccarello kutip sebagai jalinan cerita untuk projek cereka fesyen terbaru Saint Laurent Paris – berjudul ‘As Time Goes By’. 

Menugasi Nadia Lee Cohen selaku pengarah cereka fesyen ini dan di bawah pengarahan seni Anthony sendiri, projek ini menerokai memori serta kecintaan Monsieur Saint Laurent kepada novel Marcel Proust.

Addison rae

John Waters, Chloe Sevigny, Addison Rae, Cooper Koch peneraju utama 'As Time Goes By'

Cereka fesyen ini cukup singkat. Ia menampilkan selebriti-selebriti seperti Charlotte Gainsbourg, John Waters, Chloe Sevigny, Addison Rae, Joey King, Travis Bennett, Cooper Koch dan ramai lagi. Cagun idea ‘As Time Goes By’ daripada Anthony kerana dia mahu mengabadikan esen naratif Marcel Proust, memanifestasikan ia menerusi pendekatan distingtif dan garapan unik. Anthony meneropong juah ke dalam minda Marcel Proust dan ubah pemahaman tersebut dalam bentuk pengalaman visual.

Setiap satu cereka fesyen ini menterjemahkan karya Marcel Proust. Membahagikan setiap satunya kepada tujuh fragmen – merai cinta, semangat kebersamaan, tentang mengejar impian, merealisasikan kemahuan, tentang masa dan memori. Anthony dan Nadia mengharmonikan makna-makna itu dalam rupa sinematik, mengarah pandangan kita pada mainan emosi dan semuanya berlatarkan sifat semula jadi suatu musim, yang merangsang perasaan. 

Addison rae

Antara yang menjadi highlight adalah episod merealisasikan kemahuan, yang menampilkan Chloe Sevigny beraksi ‘sombong’ dalam sebuah bilik di rumah agam, manakala Joey King pula berlakon sebagai pelayan cik puan. Kisahnya, kononnya Chloe tidak mengawal nafsu kemahuan dan puas membeli bermacam-macam barang. Kemudiannya, Joey King berani candang membongkar barang-barang tersebut, terus memakai gaun panjang yang dibeli Chloe dan seakan-akan mencabar Chloe. 

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down