Langgan

Sabrina Carpenter: 7 Inspirasi Stail Yang Chic dan Berani

Ini adalah era puteri pop!
2 minit untuk membaca
Published: August 29, 2024
Sabrina Carpenter
Foto: Instagram/ @sabrinacarpenter

Tahun ini, Sabrina Carpenter benar-benar mencuri perhatian. Selain muziknya yang semakin popular, pendekatannya terhadap fesyen cukup unik dan boleh dikatakan comel. Berbeza dengan It-Girls seperti Kaia Gerber dan Hailey Bieber yang menggemari minimalism, Sabrina menyukai stail yang lebih berani dan mewah, menggabungkan rekaan tersuai daripada Vera Wang, Miu Miu, dan Gucci dengan pereka ready-to-wear. Dan tentunya, kasut platform menjadi elemen utama dalam pemilihan aksesori.

Bagi sesetengah orang, Sabrina mungkin kelihatan seperti baru sahaja muncul dalam industri muzik, tetapi perjalananya ke stardom sebenarnya panjang dan penuh cabaran. Seperti kebanyakan bintang yang mula bersinar pada tahun 2020-an, Sabrina melangkah arah kemasyhuran melalui internet. 

Pada tahun 2009, dia menarik perhatian ramai dengan nyanyian cover Taylor Swift dan Adele di YouTube. Kemudian, pada tahun 2014, dia memulakan karier lakonannya dalam rancangan Disney ‘Girl Meets World’ dan seterusnya tampil dalam produksi Broadway ‘Mean Girls’ pada tahun 2019. Walaupun penampilannya dalam teater berakhir lebih awal kerana pandemik Covid-19, Sabrina terus menunjukkan bakatnya dalam dunia seni dengan penuh dedikasi.

Nama Sabrina semakin dikenali selepas berita sensasi cinta tiga segi melibatkan Olivia Rodrigo dan Joshua Bassett. Kejayaannya diteruskan dengan kemunculannya dalam Taylor Swift Eras Tour, yang benar-benar mengukuhkan kedudukannya sebagai seorang bintang muzik yang tulen.

Gaya fesyen Sabrina boleh digambarkan sebagai ‘Short n’ Sweet’—bergaya, feminin, dengan penekanan pada skirt mini dan but platform. Dia bijak menggabungkan elemen estetika era '50-an dan '60-an dengan sentuhan moden Gen Z. Dengan ketinggian hanya 5 kaki, penyanyi dan pelakon ini sering dibandingkan dengan anak patung Bratz, dan komitmennya terhadap but platform telah mencipta istilah "kasut Sabrina Carpenter" di TikTok.

Kami sangat menyukai pendekatannya yang segar terhadap fesyen. Berikut adalah beberapa penampilan kegemaran kami daripada Sabrina Carpenter.

  1. Gaun mini korset kuning mentega yang dihiasi permata dari Frolov ini benar-benar membuatnya kelihatan seperti Puteri Pop.

    2. Penampilan yang diinspirasikan daripada 'How to Lose a Guy in 10 Days' ini dipakai semasa sambutan hari lahirnya yang ke-25.

      3. Tidak dapat dinafikan bahawa Sabrina Carpenter adalah penyebab utama kebangkitan semula kasut but gaya '60-an, yang menjadi perbualan viral semasa persembahan pembukaannya untuk Eras Tour.

      4. Dia juga boleh menggayakan stail business chic, menggabungkan sofistikasi dengan sentuhan seksi dan manis.

      5. Baru-baru ini, Sabrina sering dilihat mengenakan baju yang diinspirasikan oleh Old Hollywood, seperti pakaian mandi retro dan skarf kepala vintaj.

      6. Bintang ini juga dikenali dengan estetika Y2K yang diinspirasikan oleh akhir tahun '90-an dan awal 2000-an.

      7. Pemilihan pakaian Sabrina dikenali dengan warna-warna cerah yang joyful. Kelihatan seperti kuning adalah warna kegemarannya.

      Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
      LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
      Subscription Form
      magnifiercrosschevron-down