Langgan

Robert Wun: Cerminan 'Fashion is Art' Di Met Gala 2026

7 tetamu Met Gala 2026 yang menggayakan Robert Wun.
2 minit untuk membaca
Published: May 7, 2026
Sumber: Instagram

Met Gala 2026 dengan dress code "Fashion is Art" menampilkan pelbagai pereka dengan interpretasi tersendiri, tapi terjemahan tema tersebut oleh Robert Wun terserlah menggambarkannya dengan tepat sekali. Terkenal dengan rekaan yang meletakkan fokus kepada badan, busana oleh Robert Wun bukan sahaja menepati dress code tapi juga menyentuh tema pameran dalam muzium itu yang meneroka badan dan anatomi sebagai kanvas seni. Karpet merah acara itu menjadi seolah-olah galeri seni dengan penggayaan selebriti yang memakai rekaan Robert Wun.

1. Lisa

Antara standout look dari malam itu, Lisa tiba menyarungkan gaun putih bersama arca tangan mengangkat veil yang dihiasi sekitar 67,000 biji kristal. Arca tangan tersebut merupakan replika tangan Lisa sendiri. Penampilan itu mengaburkan garisan antara badan, objek dan fesyen, mencerminkan kesenian dalam fesyen sepenuhnya.

2. Naomi Osaka

Naomi Osaka mempersembahkan elemen drama menerusi penampilannya di karpet merah Met Gala. Pada awalnya, dia tampil menyarungkan kot putih yang diperindah dengan bulu pelepah merah bersama topi sepadan. Pemain tenis itu kemudian menanggalkan lapisan luar tersebut untuk mendedahkan gaun bersulam manik merah yang disusun bagi menggambarkan sistem otot dalam anatomi manusia.

3. Nichapat Suphap

Satu lagi standout look dari malam itu digayakan oleh Nichapat Suphap. Peruding dan editor fesyen dari Thailand itu menyarungkan gaun hitam ramping yang dihias tangan mekanikal silver. Hasil kolaborasi dengan seniman Casey Curran, tangan tersebut bergerak setempat sepanjang perjalanan di atas karpet merah itu. Diilhamkan oleh karya lukisan oleh Michaelangelo, 'The creation of Adam', persalinan ini menjadikan Nichapat seolah-olah sebuah arca hidup.

4. Ananya Birla

Ananya Birla memilih untuk menekankan konsep dengan penggayaan dress bespoke segak oleh Robert Wun, dipadankan dengan topeng metalik yang diperbuat daripada peralatan dapur. Penampilan dramatik ini menggabungkan identiti, seni dan elemen industri dalam visual yang cukup memukau.

5. Beyonce

Walaupun muncul menyarungkan rekaan couture dari rumah fesyen lain, Beyonce kemudian mengenakan busana Robert Wun berpotongan fit-and-flare dihiasi kristal Swarovski. Diinspirasikan oleh koleksi musim Bunga/Panas Robert Wun 2026, susunan kristal pada persalinan itu bukan sekadar hiasan, tapi mengimitasi sapuan berus, inspirasi daripada lukisan. Beyonce juga memakai veil sepadan yang juga dipenuhi hiasan kristal.

6. Audrey Nuna

Bintang breakout dari filem K-pop Demon Hunters ini mengangkat sisi eksperimental Robert Wun menerusi siluet artistik yang bermain dengan bentuk dan tekstur berlebihan. Menggayakan persalinan kot dan topi wide brim dari Robert Wun musim Luruh/Dingin 2025, penampilan Audrey Nuna tampil dengan penuh gaya. Sekali pandang kot putih itu seperti telah terkena percikan dakwat atau cat hitam. Namun dengan pandangan lebih dekat, gambaran dakwat itu sebenarnya susunan 15,000 kristal swarovski hitam.

7. Jordan Roth

Robert Wun, suka bekerjasama dengan Jordan Roth oleh kerana ekpresi dirinya yang unik. Bagi penampilan kedua Jordan Roth menggayakan Robert Wun di Met Gala, dia tampil sebagai arca hidup dalam gaun baldu kelabu dengan elemen arca klasik yang seolah-olah memeluk tubuhnya dari belakang, melambangkan proses meninggalkan masa lalu dan bergerak ke hadapan.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down