BMW pacu deras di tengah-tengah metropolis. Si passenger princess hanya duduk, ibarat pesantai di dalam kereta, mencium lembut bayu kota. Sentimen fesyennya menebal, merencanakan gaya-gaya musim panas dan pra-luruh 2025!
Mengecap kepuasan dan menjelmakan keunggulan gaya. Cereka mewah ideal digambarkan bersama godaan BMW 530i M Sport berlatarkan konkrit metropolis moden, yang sememangnya menemukan kita pada ideogram keperkasaan dan cita rasa. Inilah lembaran fesyen bulan Jun 2025 - 'Ride Along'.

ATLETIK HIBRID
Seragam bersifat kesukanan membayangkan keligatan, terbit keseimbangan gaya si wanita.
Whulandary : Jaket dan beg tangan daripada Gucci. Subang telinga, rantai dan cincin daripada Fred
Neshanth : Kemeja, seluar dan kasut daripada Gucci

RETORIK KLASIK
Siluet klasik memperhebat cita rasanya, yang mengenal erti understated elegance.
Whulandary : Blaus, skirt dan beg tangan daripada Fendi. Subang telinga daripada Giorgio Armani
Neshanth : Kemeja dan seluar daripada Fendi

GIRLY GIRL
Seragam yang mengamati jati diri feminin, mengekspresikan penggayaan chic di tengah kota!
Whulandary : Kardigan, baju dalam, skirt, rantai, subang telinga dan kasut but kesemuanya daripada Chanel

MANIPULASI TEKSTUR
Butiran pakaian tidak lagi berselindung. Tekstur menyelamatkan gaya, simbol semangat passenger princess.
Whulandary : Blazer dan dress daripada Moschino

GOOD CHEMISTRY
Penampilan arketaip ladylike membayangkan susuk jijak wanita yang mementingkan kesempurnaan dalam aturan gayanya.
Whulandary : Kardigan dan dress daripada Tory Burch. Subang telinga, rantai dan cincin daripada Fred.
Neshanth : Kemeja dan seluar pendek daripada MSGM. Rantai daripada Fred. Kasut dan stokin milik penata gaya.

QUEEN BEE
Dukungan gaya yang nampak mewah pada luaran mencongak satu rasa, “Treat her like a queen!”
Whulandary : Blaus, seluar dan subang telinga daripada Giorgio Armani. Baju dalam daripada Chanel
Neshanth : Blazer daripada Giorgio Armani

NEW LIBERTY
Tiada sempadan. Membangkitkan rasa leluasa dalam penggayaan, kerana itulah sikap sejati si permaisuri.
Whulandary : Kot trench, bralette dan skirt daripada Dolce & Gabbana. Subang telinga, rantai, gelang tangan dan cincin daripada Bvlgari
Neshanth : Blazer dan seluar daripada Dolce & Gabbana. Cincin dan gelang tangan daripada Bvlgari

MAINAN ILUSI
Aksesori yang mencipta tanggapan pertama. Umpama mengabui pandangan dan menerbitkan kemisterian.
Whulandary : Kaca mata, jaket dan subang telinga daripada Dior

PERMATA HITAM
Mengenderai kemewahan bersama penampilan hitam… ideogram mewah berganda!
Whulandary : Dress, kasut but dan beg tangan daripada Louis Vuitton. Cincin daripada Fred

BOYS TOYS
Imej lasak si lelaki menyempurnakan seluruh gambaran. Sifatnya asas, namun mengembalikan ingatan kita pada aspek boys toys.
Neshanth : Jaket denim dan baju daripada Prada. Ear cuff, rantai dan cincin daripada Fred.

SELENGKAP GAYA
Semangat berpolah-polah membara. Terus diperhebat dengan kerapian barang kemas.
Whulandary : Jaket kulit daripada Miu Miu. Subang telinga dan cincin daripada Fred

LOOKING COOL!
Gabung padan dua peri berbeza, maskulin bertemu feminin menyemangati inti pati cool.
Whulandary : Jaket kulit dan skirt daripada Miu Miu. Subang telinga, rantai dan cincin daripada Fred.
Penataan gaya : Ardi Idewani | Arahan seni : Iera Nadzlim | Pembantu penataan gaya : Athirah Zahra dan Nurhani Natasha | Fotografi : Azim Mahayuddin (AM Studio) | Pembantu fotografi : Adeel | Solekan : Sheila Mohd | Dandanan : VV Chan | Kereta : BMW 530i M Sport