Kedua-dua jenama fesyen, Moncler x Rick Owens sering bekerjasama dalam projek kolaborasi yang menggabungkan kekuatan mereka. Nyatanya mereka tidak pernah gagal untuk melangkaui batas seni reka, menghasilkan pelbagai ciptaan unik. Daripada bas khas untuk jelajah pemasangan seni di padang pasir California hingga ke pod tidur isolasi, kini mereka memperkenalkan pula tempat perlindungan gunung hasil dari pengaruh kediaman keluarga milik isteri Rick Owens, Michelle Lamy (reka bentuk asal dari Charlotte Perriand).
Projek kali ini mencorakkan sebahagian daripada inisiatif khas oleh Moncler, iaitu The City of Genius, sebuah metropolis kreativiti di mana setiap orang boleh memilih untuk hidup dalam kebijaksanaan. Perbincangan dengan Hugh Broughton Architects memastikan tempat perlindungan avant-garde ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi maju bagi fungsi off-grid, ketahanan, kecekapan dan kemudahanan pemindahan.
Struktur reka bentuk seni bina ini dibangunkan daripada monocoque shell iaitu keluli tahan karat bersama 20 panel yang melalui proses insulation yang mampu menyediakan kekuatan struktur dan pemeliharaan suhu. Selain itu, struktur kaki dipasang dengan sendi bola dan soket yang membolehkan pemasangan pada permukaan tidak rata. Dan yang paling mustahak bagi setiap individu, ia dilengkapi dengan sistem tenaga panel solar, sistem air dan sistem pengurusan sisa lestari.
Terdapat juga koleksi pakaian musim luruh/sejuk 2024 yang diselaraskan bersama tempat perlindungan ini. Siluet Moncler x Rick Owens pasti menjadi idaman para peminat gaya futuristik dan opiumcore. Boleh didapati dalam rona hitam, taupe dan putih. Dari jaket bomber Megapenta, long john yang dilapiskan dengan duvet berzip, hingga balaclava kashmir, kesemuanya tersedia untuk melengkapkan penampilan avant-garde anda ketika suhu mula menurun.
*Gambar: Owenscorp.