Langgan

Raya 2025: Senarai Koleksi Baju Raya Untuk Wanita 

Himpunan baju Raya terkini daripada jenama dan pereka fesyen lokal (Bahagian I)
2 minit untuk membaca
Published: February 28, 2025

Pelbagai pilihan baju raya 2025 yang dikeluarkan oleh jenama dan pereka fesyen tempatan, kesemuanya dihasilkan dengan reka bentuk memukau yang memancarkan keunikan tersendiri. Setiap koleksi ini mempersembahkan hasil seni yang begitu anggun dan indah, pasti akan membuatkan anda terpesona atau sukar untuk membuat pilihan (malah, rasanya ingin memiliki kesemuanya!). ELLE menyenaraikan beberapa pilihan yang bukan sahaja mencuri tumpuan, malah memancarkan aura eksklusif bagi melengkapkan penampilan Raya anda.

LARNEY

Larney
Larney
Larney
Larney

Tahun ini, LARNEY meraikan Koleksi Regal Raya 2025 melalui reka bentuknya yang indah di setiap 218 helai busana. “Koleksi ini adalah surat cinta kepada sepuluh tahun yang lalu, kemuncak semangat dan dedikasi,” kongsi Zuhurah Zaibadi, Pengarah Kreatif & Pengarah Urusan LARNEY. ‘Regal’ yang membawa maksud kuasa diraja, sinonim dengan rangkaian reka bentuknya yang mempamerkan kesenian dan karya sulaman mewah. Koleksi ‘Ethereal Embroidery’ mereka menjadi tumpuan utama bagi koleksi ini.

Lihat koleksi penuh di sini.

Khoon Hooi

khoon hooi
khoon hooi
khoon hooi
khoon hooi

Rekaan klasik abadi diadunkan dengan kemodenan anggun, lalu menghasilkan Koleksi Khoon Hooi Raya 2025. Koleksi daripada pereka fesyen ini diinspirasikan daripada ikon fesyen era 1950-an, Saloma. Siluet tradisional ini diberi nafas baharu dengan sentuhan fabrikasi yang mewah dan perhiasan manik halus. Antaranya termasuk brocade bunga, fil coupé, jacquard baldu, renda serta sifon bercorak bunga untuk jatuhan kain yang lembut. Kombinasi rona yang dipadankan merupakan kontras yang saling melengkapi, memancarkan keberanian di waktu muda. Jelas, koleksi ini menonjolkan kebolehan Khoon Hooi dalam mengimbangi keanggunan klasik dengan daya tarikan moden.

Lihat koleksi penuh di sini.

Fiziwoo

fiziwoo
fiziwoo
fiziwoo
fiziwoo
fiziwoo

Bersempena menyambut ulang tahun ke-10 dalam menghasilkan koleksi Raya RTW, Fiziwoo menamakan setiap baju Raya dalam koleksinya daripada nama-nama individu yang telah memberikan sumbangan besar dalam membentuk perjalanan Fiziwoo. 'Journey' merupakan lebih daripada sekadar koleksi, ia mewakili sepuluh tahun dedikasi, perjalanan Fizi dan Kai menuju kematangan dalam kesenian reka bentuk serta pertumbuhan rohani mereka. Tema Raya 2025 jenama ini diilhamkan daripada pesona souk Arab lama, mempamerkan keindahan budaya Arab Saudi semasa perekanya melaksanakan Umrah. Palet warna yang ditawarkan turut berkait dengan landskap padang pasir dan kekayaan warisan Timur Tengah - spektrum warna debu, pasir, emas serta rona-rona panas. Koleksi ini khas didedikasikan kepada individu yang sedang mengharungi perubahan dalam perjalanan hidup. Ia tentang menerima perubahan, pertumbuhan dan permulaan baru.

Lihat koleksi penuh di sini.

Mimpikita

mimpikita
mimpikita
mimpikita
mimpikita

'Mekar dan Kekal' daripada Mimpikita melambangkan cahaya dan keteguhan wanita, diolah daripada ukiran bunga tradisional yang menghiasi tiang-tiang klasik. Perincian sulaman dalam koleksi ini menceritakan kisah pertumbuhan kehidupan, daripada permulaan hingga ke puncak kejayaan. Ia menggambarkan keindahan dan kekuatan wanita dalam setiap fasa kehidupan. Motif bunga yang menghiasi rekaan ini turut melambangkan kekuatan wanita dalam berkembang, menjadikannya sebagai sebuah penghormatan yang mendalam terhadap kekuatan wanita.

Lihat koleksi penuh di sini.

Saleha x Atelier FITTON

saleha
fitton
saleha
saleha
saleha

Koleksi kapsul Raya 'Saleha' merupakan hasil kolaborasi istimewa antara pasangan yang kini bergelar suami isteri, Saleha dan Atelier FITTON. Koleksi ini terinspirasi oleh keindahan alam semula jadi, khususnya sungai dan dihasilkan dalam palet warna semula jadi yang sangat menenangkan. Reka bentuknya memfokuskan perincian teknikal yang menarik, diperkaya dengan penggunaan material lembut yang menghasilkan rekaan minimalis yang tidak hanya elegan, tetapi juga sangat selesa untuk dipakai. Setiap helaian dalam koleksi ini dinamakan sempena watak-watak yang dilakonkan oleh Saleha sepanjang perjalanan kerjayanya sebagai pelakon, memberikan sentuhan peribadi dalam setiap rekaan.

Lihat koleksi penuh di sini.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down